Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

maa ma'na 'Jihad' ?

Mengapakah blog ini menggunakan kata-kata Ibnu Abbas, sepupu dan sahabat baik Rasulullah s.a.w yang pernah Baginda doakan menjadi seorang yang faqih (memahami agama) dan ahli tafsir yang hebat sebagai tagline ? dan apakah yang beliau maksudkan dengan orang yang bertafaqquh fid-deen (faham akan Islam) ialah orang berjihad ? dan paling penting, apakah yang dimaksudkan dengan 'jihad' ? 

Perkataan 'Jihad' berasal dari bahasa Arab iaitu dari perkataan 'jahada' (جَهَدَ) yang bermakna bersungguh-sungguh sebaik mungkin. Manakala dari segi bahasa pula bermaksud bersungguh-sungguh sehabis baik apa yang termampu sama ada dari segi tenaga/kewangan/masa/ilmu ataupun apa sahaja aset yang dimiliki. 


Itu adalah maksud jihad secara umum. Namun apakah maksud jihad fisabilillah dalam konteks Islam ?

Dari sini kita rujuk satu kisah antara Nabi dan Sahabat. Pernah dalam satu pertemuan antara Rasulullah dan Sahabat berlakulah dialog yang lebih kurang begini:

Sahabat berkata kepada Rasulullah:

"Wahai Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu dikatakan jihad fisabilillah ?"

"Tidak, itu bukan jihad fisabillah."

"Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani itu jihad fisabilillah ?"
tanya Sahabat lagi.

" Tidak," jawab Rasulullah.

"Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana bangsa ?"

"Bukan..."

" Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad fisabilillah ?"

"Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi. Jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah."

Kalimah Allah yang dimaksudkan disini ialah... " Asyhadu allaa ilaaha ilallah wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah."

Jadi, Jihad dalam Islam bermaksud bersungguh-sungguh sehabis baik berbekalkan apa sahaja sumber/aset yang kita ada untuk menegakkan agama Allah yang maha suci ini.

Jihad ini tidak hanya tertakluk pada mengangkat senjata menghapuskan musuh-musuh Islam seperti di Palestin dan Syria sehinggakan ramai pihak yang menganggap orang yang berjihad adalah terrorist... 

Pensyarah Arabic Language kami di sini di Vanderbilt, Prof. Adeeb Mahmud, pernah berkongsi pengalaman beliau sewaktu menjawab pertanyaan Americans yang bertanyakan beliau apakah yang dimaksudkan dengan 'jihad' ? Menurut beliau, majoriti Americans menganggap jihad adalah terrorism ! Namun beliau dengan tenang menjawab jihad bukan bermaksud demikian. 

Beliau menerangkan, jihad berasal dari perkataan Arab yang bermaksud 'struggle'. Beliau menambah lagi, 'Jihad means struggle. Let's say that you have a family together with your wife and children and you are struggling giving your best to provide them with comfortable and happy life, that is a Jihad ! Even if you are students which indeed you are, you are struggling to get good grades, and that is also a Jihad !" 

Jadi sudah terang lagi bersuluh, yang dimaksudkan oleh Ibnu Abbas tentang orang yang memahami Islam ialah orang yang berjihad adalah... adalah mereka yang beragama Islam yang bersungguh-sungguh dari hati dan ikhlas menegakkan Islam berbekalkan apa sahaja yang aset/sumber/kelebihan/kemampuan yang dimilikinya...

Jika di Palestin dan Syria apa yang mereka mampu dan bersesuaian untuk menegakkan Islam ialah mengangkat senjata menentang pelampau-pelamupau zionis, maka itu adalah jihad bagi mereka !

Jika di Malaysia apa yang kita mampu untuk menegakkan Islam ialah dengan Dakwah dan Tarbiyyah terhadap insan-insan disekeliling kita, maka itu adalah jihad bagi kita ! 

Jika boikot, berdoa dan kempen kesedaran itu yang paling kita mampu untuk membantu saudara-saudara kita di Syria dan Palestin, itu adalah jihad bagi kita !

Jika kita sudah bekerja dan mempunyai sumber kewangan, tidak kira siapa kita, doktor ke, cikgu ke, engineer ke dll dan dengan menyumbang wang demi Islam, itu adalah jihad bagi kita !

Jika kita ada ilmu yang bermanfaat dapat digunakan untuk mencorak anak-anak muda hari ini mengikut acuan Islam yang betul, dan kita cuba untuk menyebarkan ilmu itu melalui pelbagai cara seperti menulis blog, status FB, daurah, website, video, vlog dll itu juga adalah Jihad !

Jika kita pernah membuat dosa, dan kita bersungguh-sungguh bertaubat dan meninggalkan dosa tersebut demi Allah dan Rasulullah, itu juga adalah jihad !

dan pada hari ini aku dan sahabat-sahabatku diluar sana adalah pelajar dan yang paling kami mampu ialah belajar bersungguh-sungguh supaya suatu hari nanti ilmu/kelulusan yang kami dapat ini mampu membantu menegakkan agamaNya, itu juga adalah jihad bagi kami !

Pendek kata, orang yang memahami Islam ialah orang bersungguh-sungguh dalam apa yang dia lakukan dan dengan apa yang dimilikinya demi Allah, Rasul dan agamanya... bukan dengan mengangkat senjata semata-mata

Jadi, mari kita bertanya kepada diri kita, sudah berapa lama kita memeluk Islam dan adakah dalam tempoh tersebut kita sudah memahami Islam ?? Tepuk dada tanyalah iman... 

1 comment:

  1. Alhamdulillah. saya dah faham apa & bagaimana jihad. baru jumpa entry yang ni.

    ReplyDelete