Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

Muqaddimah


Firman Allah s.w.t :

“Dan adakah orang yang sudah mati (hatinya dengan kekufuran dan dosa), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, sama dengan orang yang berada di dalam gelap-gelita (kekufuran dan dosa), sehingga dia tidak dapat keluar dari sana ? …”

(al – An’am 6:122)

Dalam ayat ini, Allah menceritakan perbezaan antara orang yang telah Allah kurniakan petunjuk ke jalan kebenaran dengan orang yang masih bergelumang dengan dosa-dosa dan kekufuran yang mana mustahil bagi mereka untuk mereka untuk keluar dari kegelapan tersebut…

Mereka yang Allah kurniakan cahaya petunjuk itu suatu ketika dahulu juga pernah sesat dalam kegelapan dosa dan kekufuran, namun kini Allah memuliakan mereka dengan hidayahNya ke jalan kebenaran dan sesungguhnya mereka tidak sama dengan orang-orang yang masih sesat dalam kegelapan maksiat, dosa dan kekufuran…

Ustaz Asim Alias pernah membahaskan ayat ini sewaktudaurahnya. Sesungguhnya, kami yang berada dalam jalan dakwah dan tarbiyyah hari ini Allah telah muliakan dengan cahaya hidayahNya yang mengerakkan kami meninggalkan dosa-dosa kami yang lalu. Namun cahaya ini bukanlah milik kami semata-mata, bahkan mestilah disebarkan kepada semua manusia sehinggalah cahaya Islam ini mampu menerangi segenap pelusuk alam.

Ayat inilah yang menjadi muntalaq(titik tolak) untuk aku mula menulis dan akan terus menulis di blog ini beserta niat, harapan, dan doa agar apa yang aku tuliskan dapat menyebarkan sedikit sebanyak cahaya Allah s.w.t kepada rakan-rakan dan mereka yang membaca serta meningkatkan kefahaman Islam (tafaqquh fid-deen) dalam diri umat Islam sendiri, insyaAllah…

Seungguhnya kita perlu sedar bahawa para pemuda Islam hari ini memikul tanggungjawab yang amat berat, iaitu bukan sahaja menyebarkan cahaya Islam ke seluruh alam, bahkan yang paling utama ialah menyebarkan kefahaman Islam ke dalam diri umat Islam sendiri !

Inilah yang menjadi salah satu pesanan yang ditinggalkan Syeikh Abu al-A’la al-Maududi kepada pemuda-pemudi Islam hari:

anda (para pemuda Islam) mestilah bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orang-orang awam hingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka.Anda jadikanlah mereka itu terang benderang mengenai agama mereka, sehingga mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik. Demikian juga anda mesti bekerja keras memperbaiki budi pekerti mereka,meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam supaya mereka dapat berdiri tegak dan teguh dalam menghadapi serangan ideologi, seruan kepada maksia dan kefasikan yang sedang bermaharaja lela di negera-negara Islam”

(RisalahTanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini oleh Abu al-A’la al-Maududi)

“ Ya Allah! Sekiranya LIKE, followers dan pujian manusia yang aku harapkan daripada tarbiyyah dan dakwahku di alam maya ini, maka Kau matikanlah ilham dan berhentikanlah kemahuan untuk diriku terus menulis! Aku takut melihat amalan dan pahalaku berterbangan ibarat debu di padang pasir ketika menghadapMu di Mahsyar nanti!

Moga Kau redha ya rabb! Dan status ini menjadi saksinya!

Amiin amiin ya robbal a'lamin...” – APG Januari ‘13

No comments:

Post a Comment