Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

catatan kelmarin...

Do you really really want to meet the Prophet Muhammad ?
         
(written on Sunday, September 25, 2011)


our 'OSEM' Mercury Sable
                Tonight is the last night of Ramadhan 1432 H (August 28). As usual, we broke our fast at the ICN mosque (Islamic Center Of Nashville). The awesome newly-bought-insurance Mercury Sable mobile also seemed very eager to go there tonight. We spent our Maghrib, Isyak and Tarawikh there. As previous nights, Imam Muhammad Ahmad will give a brief tazkirah between the 4th and the 5th rakaat of the tarawikh.

He asked the jamaah:

Imam: Do you want to meet the Prophet Muhammad S.A.W either in dream or real life ?

Jamaah: yesssss .... ( we answered synchronously )

Imam: Yes. obviously the answer will be yes.I bet there is no one on the surface of the earth don't want to see the Prophet Muhammad S.A.W. Let me ask you once again. But this time take your time to think deeply, full-heartedly, before you answer.  Do you really really want to meet the Prophet Muhammad S.A.W either in dream or real life?

and still the answer is " yesss ... " 

and then he told a story of a sheikh and his student :

One day, a student went to meet his teacher, the shiekh to ask a question:

Student: ya shiekh. How can I meet the The Prohet Muhammad ? I really miss him. I don't mine either in real life or bedtime as long I can meet him even for a single second. 

Sheikh: Do you really mean what you asking ? 

Student: yes. I really really mean it. I can't bare it anymore.

The Sheikh then gave him a plate of food, but not an ordinary food. It was a very very salty food. The Sheikh asked his student to eat it right before sleep that nite. And soon he ate it. 

That nite, the student dreamt of 3 dreams, 3 continously dreams of water. In his dreams, he was looking all over for water. He drank bottles of water, but couldn't satisfy his thirst. He went to the river, and drank from it. But still, the thirst was unbearable. 

The next day, he met his teacher and told him what he dreamt of the previous nite.  Then, the imam replied :

" Ya akhi, what you've dreamt is the one that you really really want. It was the water, not the Prophet Muhammad S.A.W. Your desire to drink water has overwhelmed your desire to meet The Prophet Muhammad S.A.W.  If your hearts is not 100% missing him,  how do you want to meet him right now ? "

so guys, how about ourselves ? Do we really really want to meet The Prophet Muhammad S.A.W ? oooops, don't answer it right now ! think it deeply first, and then, tepuk dada ... tanya lah iman :D

Islamic Center of Nashville Mosque
p/s :  salty food causes dehydration of the body cells making us to feel very thirsty. for those who have taken form 4 biology, you guys must have heard of hypertonic solution which applies the same situation here.

sekian, wallhua'lam -ahza-

Demi Allah, ' YES I WILL ! '

(written on Monday, November 7, 2011)


YES I WILL !
Demi Allah ...
Aku cuba mendekati kau kerana ingin memperisterikan kau
Tidak pernah terdetik sedikit pun ingin memberikan harapan kosong
Tiada langsung niatku ingin menjalin hubungan haram di sisi Rabb-ku

Demi Allah ...
Tidak pernah aku berniat untuk menyombong dengan kau
Kaku ku kerana aku malu dengan kau
Diam ku kerana aku memandang tinggi terhadap kau
Hilang ku kerana aku kerana aku sedang memperbaiki diri
Pendam ku kerana belum tiba masanya
Kau... kau  adalah terlalu baik buat aku
sedangkan aku, berkalang noda dan dosa

Demi Allah ...
Aku berusaha memperbaiki diri ku
Walaupun sukar sekali hendak sebaik kau
kerana sesungguhnya
Hawa yang baik hanyalah untuk Adam yang baik (Surah an-Nur:26)
Aku panjatkan doa saban hari
Agar Allah memanjangkan jodoh aku dengan kau

Demi Allah ...
Aku cuba mengenali wali kau
Aku cuba mendekati mahram kau
Aku cuba menghubungi akrab kau
Kerana aku ingin melamar kau !
ya, aku ingin melamar kau sebaik sahaja aku 'grad'
biar pun kau sendiri tidak tahu

Demi Allah...
YES I WILL approach your wali
YES I WILL !
when the right time has come
Semuanya Demi Allah, demi kau
Siapa 'kau' ? .... jeng3, hanya Allah yang tahu

Kemana 'hilang' Subuh dan Pagi Kita ? 

(written on Monday, November 7, 2011)

Pagi di Felda Tenggaroh 1 , Mersing: lokasi - belakang teratak bonda (2009)

Assalamualaikum W.B.T

'HILANG'

Sabda Nabi S.A.W:
                                                                 
     “Ya Allah, berkahilah umatku di waktu paginya.”  (HR Abu Daud)

Hadis di atas bukanlah bermakna pada waktu2 lain kita tidak diberkati Allah. Tapi adalah kerana waktu pagi adalah permulaan hari kita, waktu dimana semua orang memulakan aktiviti mereka seperti bekerja mencari rezki bagi yang sudah bekerjaya ataupun belajar bagi mereka masih menuntut. Namun ...

Namun pada hari ini, sedih aku melihat ramai saudara2 kita, yg telah 'hilang' waktu paginya, tambah menyedihkan ada yang 'hilang' Subuhnya... Kita tidur lewat, 3, 4 pagi baru tidur tapi bukannya kerana sujud bertahajjud ataupun membasahi lidah bertasbih berzikir, kalau adapun setakat 15-30 minit. Yang tidur lewat sebab main game, buat assignment, tengok movieonline FB, ber-chatting, tengok bola, study, layan youtube, berpelseseran, merayap, melepak malam2 dll ramai yang terbabas Subuhnya. Kalau sempat pun 5 minit sebelum syuruk, lepas tu sambung tidur balik. Ada jugak yg tak tidur langsung, lepas Subuh baru tidur. Manakan nak dapat berkat doa Nabi seperti hadis di atas ??

LEMAH

Saudara-saudaraku,

Telah berpesan Luqman al-Hakim  kepada anak2 nya,

          " Wahai anakku, janganlah kamu menjadi lebih LEMAH dari seekor ayam jantan, 
           kerana ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan kamu pada waktu itu 
           masih terbaring di atas katilmu " 


Ada kalanya, aku keluar bilik seawal 6.30 pagi meskipun kelasku bermula 10 dan 11 pagi, kerana aku rasa pada waktu itu lebih convinient untuk study di Mathematics and Science  Stevenson Center Library. Aku lihat americans sudah mula memenuhi ruang2 belajar yang sedia ada...

8.30 pagi Weekend yang lalu, ketika ini, exam week telah bermula. Dari tingkat 2 ke tingkat 5 Lupton Hall  aku berulang alik dari satu bilik ke bilik Malaysian yg lain untuk meminjam nota. Aku hampa, SEMUA masih tidur... 9.30 pagi, 10.30 pagi akhirnya pukul 11.00 pagi, baru ada yang bangun.  Penat sangat study malam tadi agaknya...

Melaka Sentral boleh dikatakan 'rumah' kedua aku di Melaka sewaktu aku belajar di MOZAC. Beberapa kali aku pernah tidur di situ sebab tiada tiket balik ke Johor. Seawal 7 pagi, pekedai2 runcit Cina sudah memulakan perniagaan mereka. Pekedai2 runcit Melayu ?? hmm... mungkin pergi hantar anak ke sekolah agaknya. Tapi takkanlah pekedai2 Cina tu tidak punya anak untuk dihantar kesekolah. Wallhua'lam...

Beberapa minggu yg lalu, aku bersama ahli2 usrah yg lain berkesempatan untuk berjemaah Subuh di Masjid ICN. Hanya 2 -3 saff sahaja yg penuh ... 

Saudara-saudaraku,

              “Pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa 
                MEREKA TIDAK TAKUT dengan orang Islam kecuali pada satu perkara. 
                Iaitu apabila jumlah solat subuh sama dengan jumlah jemaah 
                solat Jumaat”. 

Saudara-saudaraku, berdasarkan pesanan Luqman al-Hakim, adakah kita lebih lemah dari ayam jantan ?? Berdasarkan kata2 si penguasa Yahudi itu , adakah umat Islam ramai yang lemah ?? 

FITRAH & PESANAN

 Firman Allah S.W.T,

                "Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya 
                dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha)..." (40:61)

Allah S.W.T berfirman lagi, 

            " Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian 
              dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk 
              keluar mencari rezeki " (25:47)

Saidatina Aisyah r.a pula berkata,  Rasulullah S.A.W bersabda,  

            “Berpagi-pagilah mencari rezeki, kerana sesungguhnya berpagi-pagi 
             itu membawa berkah dan menghasilkan kemenangan”.

Saudara-saudara ku, 

Betapa Allah S.W.T telah menetapkan bahawa waktu malam adalah waktu untuk kita berehat, bukan untuk untuk berjaga melaghakan diri dan siang adalah adalah untuk kita berusaha mencari rezeki dan ilmu bukan untuk tidur berlebihan. Ini adalah FITRAH ketetapanNya , ditambah pula peringatan dari Nabi Muhammad S.A.W. 

Teringat aku pesanan Ustazah Al-Marjan sewaktu aku Tingkatan 4...


        " Setiap pagi, malaikat Mikail turun ke bumi untuk memberikan rezeki yg 
         telah  Allah tentukan untuk hamba2nya. Kalau kita tidur pada waktu pagi, 
         bagaimana rezeki Allah nak sampai pada kita ? "

Seorang sahabat pernah berpesan kepadaku ... 

         " ya akhi, susunlah jadual harian kita mengikut waktu solat ... 
           bukannya menyusun solat mengikut jadual harian kita "


Pesanan mereka punya punya mesej yang selari dengan hadis2 dan firman2 Allah di atas. Salah satu hikmah diwajibkan ke atas kita solat mengikut waktu2 yg telah ditetapkan, pagi, tengah hari, petang, senja dan malam, ialah supaya kehidupan kita lebih teratur. Bermulanya kehidupan seharian kita mencari rezeki di bumi Allah dengan solat Subuh bukannya Subuh sebagai penutup.  Kalau tidak, mengapa tidak Allah menetapkan solat fardhu 2, 3 kali pada waktu malam atau 2,3 kali pada waktu petang? 

BUKANKAH INDAH ...

Saudara-saudaraku, 

- bukankah indah sekiranya ... kita dapat tidur awal dan bangun awal untuk meyambung kerja kita dan ber-qiamullail kerana ...

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, 

          " Tuhan Kami, Pemberi Berkat, Yang Maha Kuasa, turun setiap malam hingga 
           ke langit yang paling dekat dengan kita (langit dunia) pada akhir 1/3 malam dan 
           Dia berfirman ; Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku Kabulkan. Sesiapa 
           yang meminta sesuatu dariKu, akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon 
          kemapunan  kepadaKu, akan Aku ampunkan. " (HR Bukhari dan Muslim.)

bukankah indah sekiranya ... sebaik sahaja masuk waktu subuh, sebelum kita menunaikan solat Subuh, kita solat sunat Rawatib Subuh 2 rakaat kerana ... 

Dari Aisyah r.a dari Nabi S.A.W.sabdanya: 

“Dua rakaat solat sunnah fajar, yakni sebelum Subuh adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini - yakni dunia dan seisinya.” HR Muslim

- bukankah indah sekiranya ... selepas solat sunat Subuh, kita solat Subuh berjemaah di masjid ataupun bersama keluarga ataupun rakan2 kerana ... 

Rasulullah S.A.W bersabda:

            “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik 
             ialah  solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan 
             kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya 
             meskipun dalam keadaan MERANGKAK”    (HR Bukhari dan Muslim)

- bukankah indah sekiranya ... selepas Subuh kita dapat duduk menanti terbitnya fajar sambil berzikir dan berdoa kepada Allah atau membaca al-Ma'thurat kerana ... 

Seorang tabi’in, Simak bin Harb- Beliau mengatakan bahwa dia bertanya kepada Jabir bin Samuroh,

“Apakah engkau sering menemani Rasulullah S.A.W duduk?”

Jabir menjawab, 

“Ya. Baginda biasanya tidak beranjak dari tempat duduknya setelah solat Subuh (sambil berzikir dan berdoa) hingga terbit matahari. Apabila matahari terbit, Baginda berdiri (meninggalkan tempat shalat)...” (HR Muslim No. 670)

- bukankah indah sekiranya ...kita dapat menunaikan solat sunat Dhuha sekurang2nya 2 rakaat antara waktu syuruk dengan waktu matahari terik kerana ... 

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi (waktu Dhuha), niscaya Aku akan mencukupimu (dengan rezeki dan keperluanmu) di akhirnya.”

(HR Ahmad)

CUTI

Cuti semester, cuti sekolah, cuti dari kerja, cuti habis SPM. Tak kiralah cuti apa sekali pun, yang pasti rata2 semua sukakan cuti sebab kita dapat melepaskan diri buat seketika dari tekanan tanggungjawab yang biasa kita lakukan.

Saudara-saudaraku, 

Masa lapang yang kita ada sewaktu perlulah kita manfaat dengan sebaik2 mungkin dari melakukan perkara2 lagha yang berlebihan  khususnya tidur berlebihan sampai ke tengah hari kerana ... 

" ... Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) " (94:7) 

sekian, wallhua'lam- ahza -

p/s : 

menulisnya aku bukan bermakna aku sudah cukup sempurna sehingga tidak pernah tertinggal Subuh, tidur waktu pagi, serta 100% melakukan apa yang aku tuliskan. Aku juga seorang pelajar yang sering kali tewas kepada godaan2 dunia dan syaitan. Aku menulis sebagai peringatan buat diri sendiri, juga buat saudara-saudaraku. Semoga kita dapat berubah kearah yang lebih baik. aminnn, insyaAllah.

Kiamat, Nibiru dan 21 Disember... umat Islam jangan mudah percaya !

(written on Wednesday, December 21, 2011)


Assalamualaikum W.B.T

21 DISEMBER

Hari ni 21 Disember 2011. Genap setahun lagi menjelang 21 Disember 2012. Ada apa dengan 21 Disember ? Tanggal 21 Disember 2012 dikatakan tarikh dimana akan berlakunya bencana alam mega yang bakal melenyapkan 2/3 penduduk bumi, malah 1/3 yg selamat pula akan perlu bertarung nyawa untuk terus hidup kerana kesan radiasi, ketiadaan bekalan makanan dan tempat tinggal. Mungkin mirip seperti apa yang digambar dalam filem 2012 atau mungkin lebih dahsyat ...

NIBIRU DAN PLANET X

Terdapat 8 planet dalam sistem suria kita setelah Pluto dikecualikan dari senarai dan ia dikategorikan  sebagai dwarf planet kerana kehadiran objek2 semiripnya yang berada di sekitarnya. 

Tahukah anda terdapat spekulasi, kontroversi, gosip, rumours , khabar angin, mengatakan NASA telah berjaya mengesan Planet ke-9 yang mereka gelar ... Planet X. Dikatakan juga, NASA telah memasang teleskop mereka di kutub selatan untuk memantau peredarannya yg mula dikesan sejak awal 1980-an. Pihak2 kerajaan dikebanyakkan negara2 pula dikataka bertindak merahsiakan hal ini dari dari rakyat2. Mengapa meraka berahsia ? Mengapa NASA memantau Planet X  ? Ada apa dengan Planet X ini sebenarnya ?

Planet X  mempunyai orbit yang pelik jika dibandingkan dengan planet2 lain. Ia akan melintasi sisi Bumi dan matahari setiap kira2 4000 tahun sekali. Planet X punya saiz yang lebih besar dari bumi, justeru tarikan gravitinya juga lebih besar lantas menarik isi2 bumi sewaktu ia melintasi bumi dan berlakulah bencana2 alam mega seperti diatas, kutub utara dan selatan juga akan terpusing ...

Orbit Planet X
Apa pula Nibiru ? Nibiru pula ialah nama yg diungkit dari teks purba kaum Sumeria, sekitar 4200 sebelum masihi. Menurut teks tersebut, Nibiru menjadi tempat tinggal Annunaki. Kaum purba Sumeria percaya bahawa Annunakilah yang mencipta manusia di bumi sebagai hamba untuk mencari emas di bumi buat mereka kerana ketandusan emas di Nibiru . Emas amat penting kepada Annunaki kerana ia adalah sumber asas hidup mereka di Nibiru. Teks purba ini juga meramalkan Nibiru akan melintasi Bumi untuk Annunaki mengambil emas2 mereka sekitar tahun 2012... lalu muncullah pihak yg mengatakan Planet X dan Nibiru merujuk planet yang sama !

Dikatakan juga, menjelang 2009, penduduk2 bumi sudah boleh melihat Planet X menggunakan mata kasar khususnya mereka2 yg berada di belah selatan Bumi seperti di Asutralia dan New Zealand... benarkah ?? 

Nostradamus, Elbert Einstein dan Kelendar Maya

Nostradamus, seorang ilmuwan Perancis yang hidup awal abad ke-14 yg terkenal dengan ramalan2nya dan si genius Elbert Einstein pernah meramalkan sesuatu semasa hayat mereka. Mereka meramalkan 'sesuatu' yang besar akan melintasi Bumi pada tahun 2012 tetapi tidak akan melanggar Bumi. Meskipun cuma melintas,  lintasan tersebut akan membawa kepada bencana besar kepada Bumi dan isinya ... 

Puak Maya pula ialah puak purba yang pernah mendiami kawasan pedalaman Guatemala. Mexico suatu ketika dahulu. Hasil arkeologi menemui kalendar mereka yg mereka gunakan untuk kehidupan seharian seperti bulan menuai dll. Namun, kalendar tersebut berakhir pada 2012... lalu ramai pihak yg mengaitkan 2012 adalah tarikh berakhirnya hayat Bumi.

12 Apocalypse Revealation, siaran History Channel memaparkan ahli2 arkeologi cuba menyingkap rahsia di sebalik kalendar Maya dan 2012. Hasil kajian mereka, berakhirnya kalendar Maya pada tahun 2012 bukan  bermakna Bumi akan musnah, tetapi membawa makna 2012  adalah tahun di mana berakhirnya suatu kitaran, dan selepas itu akan bermulalah satu kitaran baru. 

Jika kajian ahli2 arkeologi di atas benar, semuanya adalah satu kitaran, benarkah jika ada pihak lain berkata pada tahun 2012 sebilangan populasi besar penduduk akan musnah, yang terselamat akan memulakan hidup baru, membina tamadun baru, sungai2, laut2, pulau2, gunung2 baru akan terbentuk seperti mana kitaran ini berlaku ke atas Nabi Nuh dan umat2 nya serta The Lost World of Atlantis yg dikatakan terletak di bawah tanah Lembah Donana, Sepanyol ??

HADIS PALSU

Sedang heboh2 orientalis2 barat mengenai Planet X serta impaknya kepada Bumi, orang2 Islam pula heboh mengenai hadis palsu ni... kononnya nak menjadi penambah rasa ramalan bencana 2012... 

" Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah ma...lam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah... "  


Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:    

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". 

Saudara-saudaraku, harus diingat, status hadis ini amat lemah untuk kita percaya kerana: 

" Hadith ini tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujjah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau Palsu. Diriwayatkan dari berbagai riwayat, antaranya: al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan al-Syafie di dalam Musnadnya. Hadis ini diriwayatkan dari beberapa periwayat yang lemah seperti Ibn Lahi’ah, ‘Abdul Wahhab, Muhammad bin Thabit, dan yang lainnya. Bahkan terdapat juga di dalam Sanad hadis ini periwayat yang dituduh sebagai Pendusta Hadis seperti al-Haris al-A’war al-Hamdani seperti yang dinyatakan oleh al-Sya’bi, Abu Hatim dan Ibn al-Madini. Wallua'lam " sumber - Laman Web Rasmi Mufti Perlis
  
MOTIF 

Genap setahun lagi menjelang 21 Disember 2012 ... 

Saudara-saudaraku, 

Motif sebenar aku berkongsi secara ringkas tentang isu ini bukanlah hendak mengajak kalian bersiap2, kemas barang, pindah ke bawah tanah sedalam-dalamnya, ataupun berpindah ke planet lain, ataupun membina rumah paling kukuh dalam dunia yang bisa bertahan daripada pelbagai bencana, ataupun bunuh diri sekarang sebab tak sanggup menghadapi 21 Disember ... BUKAN ! sama sekali bukan !

Saat aku membaca artikel2, bahan2 bacaan, menonton rancangan2 yang berkaitan isu ini sejak 2009 hinggalah ke hari ni, rata2 nya tidak bersumber Al-Quran dan hadis. Aku yakin, bermula hari esok, semakin bertambahnya hari mendekati 21 Disember 2012, semakin banyak artikel2 yg membicarakan isu isi. Lantas aku risau... aku risau saudara2ku akan mempercayainya dengan mudah ! 

Firman Allah S.W.T:

" Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan " (20:15)

" Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. " (7:187)

Secara jelas, Allah telah mengingatkan kita yang tarikh Kiamat itu adalah rahsia Allah ! Hanya Allah yang tahu ! Bahkan salah satu rahsia Allah selain ajal, rezeki, alam roh dan jodoh. Siapalah kita manusia2 yang jahil hendak membuat ramalan ? 

Oleh itu, jika esok, lusa, lusa, minggu depan atau bila2 somewhere in the future kita terdedah kepada isu ini, tak kiralah terperasan dalam majalah, atau ada member2 tengah borak2 fasal isu ni waktu tengah lepak2, dengan yakin nya kita cakap, 'kiamat itu rahsia Allah, hanya Allah yang tahu ". InsyaAllah

Saudara-saudaraku, 

Usahlah terlalu paranoid tentang ramalan bencana 21 Disember 2012 yang tidak berasas ini. Usahlah kita hiraukan hari yang masih masih jauh hendak tiba. Bukankah lebih bijak bagi kita untuk menghiraukan tentang ajal kita yang mungkin datang bulan depan, minggu depan, tulat, lusa, esok atau mungkin sebaik sahaja kita baca entri ni ? Sudah bersediakah kita ? 

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :

             " Sebijak - bijak manusia ialah manusia bermuhasabah diri dan beramal untuk 
               selepas mati (mengingati mati) ... "    ( HR Al Tarmidhi dan Ibnu Majah)

Saudara - saudaraku, 

Andai kata ramalan ramalan 2012 adalah satu retorik belaka, dan kita masih hidup selepas itu, panjatkanlah syukur kita pada Allah S.A.W , Anggaplah apa aku yang aku tulis pada hari ini satu bahan lawak yang apabila kita baca balik selepas itu boleh menundang tawa kita, lalu kita bertasbih,  " Subhanallah, sesungguhnya kiamat itu adalah rahsia Allah" . 

sekian, wallhua'lam - ahza -

p/s:

Penulisan ini bersumberkan hasil  bacaan beberapa bahan ilmiah, buku2, artikel2,youtube, History Channel dan Discovery Channel. Rata2 sumber punya hujah2 yang berbeza2 dan aku tuliskannya secara general. Untuk maklumat lanjut, boleh la tanya mereka2 yang lebih pakar dalam hal ini atau boleh cari sendiri, tanye je Mr. Google, he2. Walau apa sekali pun, hanya Allah yang mengetahui. Semoga Allah merahmati kita, aminn, insyaAllah

Berhimpunnya 'Logam-Logam' pada Hari Itu ...

(written on Friday, December 30, 2011)

Night is just the beginning - at Las Vegas, Nevada
HADIS LOGAM

Dari Abu Hurairah R.A, sabda Rasulullah S.A.W,

               “Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga 
                 mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” - Sahih Al-Bukhari

HADIS FAHAM

Dari Abu Hurairah R.A, sabda Rasulullah S.A.W,

               “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya 
                 kefahaman dalam Ad-Din” - Sahih Al-Bukhari dan Muslim

HURAIAN

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum kita memahami lebih lanjut apa yg tersirat dalam Hadis Logam di atas, lebih sesuai bagi kita terlebih dahulu memahami apa Nabi S.A.W maksudkan dlm Hadis Faham di atas.

Dalam Hadis Faham, secara ringkas Nabi S.A.W berpesan kepada kita bahawa kefahaman yang membawa kepada kebaikan adalah kefahaman tentang Ad-Din iaitu kefahaman tentang Islam. Allah mengurniakan kebaikan kepada seseorang yangg dikehendakiNya melalui kefahamannya tentang Islam. Semakin tinggi kefahamannya tentang Islam, semakin tinggi rahmat Allah kepadanya. Persoalannnya, dari mana datangnya kefahaman tersebut ?

Firman Allah S.W.T, 

               “Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah (petunjuk)
                kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk 
                menerima Islam…” (6: 125)  

Kefahaman yg dimaksudkan dalam Hadis Faham, adalah melalui hidayah Allah S.W.T. Kesimpulannya, kebaikan adalah kefahaman tentang Islam yang Allah kurniakan kepada mereka yang terpilih melalui hidayahNya. Tidak mahukah kita tergolong dalam golongan2 yg mendapat kefahaman ini ?

Berbalik kita pada Hadis Logam,

Dalam mana2 zaman sekalipun, nilai logam tidak akan berubah, ia tetap sama dari zaman ke zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya. Kefahaman yg dimaksudkan di sinilah, kefahaman yg telah kita huraikan dalam Hadis Faham di atas ...

Logam juga, punya kelebihan2 yg tersendiri mengikut jenis2 tertentu. Contohnya:

i. iron - kuat, sesuai digunakan utk membina jambatan
ii. kuprum (copper) - konduktor elektrik yg baik, sesuai dijadikan wayar elektrik
iii. aluminium - tidak berkarat, sesuai dijadikan tin minuman, dll

Apa yang Nabi S.A.W maksudkan dalam Hadis Logam ialah... manusia juga seperti logam. Setiap manusia punya kelebihan2 yang tersendiri bagaikan logam. Kelebihan2 ini adalah tetap dan tidak berubah bagaikan logam sama ada manusia itu Islam ataupun kafir. Cuma manusia bebas untuk memanfaatkan kelebihan2 yg mereka miliki sama ada pada jalan 'kejahilan' ataupun pada jalan Allah. Dan mereka yang memanfaatkan kelebihan2 mereka pada jalan Allah, sudah tentu mereka adalah golongan2 yg memperoleh kefahaman dari Allah S.W.T seperti dalam Hadis Faham.  

Mungkin susah bagi sesetengah individu untuk faham hadis2 ini. Mari kita hayati beberapa contoh,

Saidina Umar R.A terkenal dgn sifat gagah dan ketegasannya. Malah sebelum beliau Islam, dialah antara penentang utama dakwah Rasullulah S.A.W di Mekah. Sebaik sahaja beliau mendapat kefahaman tentang Islam, sifat ketegasan dan kegagahan beliau menjadi pelindung dan pendorong dakwah Rasulullah S.A.W. Begitu juga Khalid al-Walid yg mahir berperang dan tidak pernah kalah dalam semua peperangan yg beliau sertai semasa beliau kafir juga semasa beliau Islam. Berhijrahnya Khalid al-Walid kepada Islam adalah suatu kefahaman dan hidayah kurniaan Allah, lantas beliau memanfaatkan kelebihan beliau itu ke medan jihad. Contoh kontemporari dapat kita lihat melalui Yusuff Islam atau nama lamaya, Cat Stevens. Beliau merupakan seorang pemuzik terkenal antarabangsa. Penghijrahan beliau kepada Islam tidak bermakna beliau tidak dapat meneruskan profesyen dan kelebihan beliau dalam industri muzik, bahkan muzik menjadi medan dakwah baginya untuk menyebarkan Islam. Subhanallah... semoga kita berada dalam golongan2 yg mendapat kebaikan melaui kefahaman2 dan hidayah dari Allah S.W.T, aminnn

PERHIMPUNAN 'LOGAM-LOGAM' SELURUH U.S.A


Sebahagian dari 1000 ++ 'Logam-Logam' Allah


Firman Allah S.W.T

                      “Orang-orang beriman (mukmin) itu sesungguhnya bersaudara..." (49:10)

Pada tanggal 23-27 Disember yg lalu, telah berhimpun saudara2 kita dari seluruh USA di Muktamar 2011 yg bertempat di Renaissance Hotel, Las Vegas, Nevada. Peserta2 terdiri daripada keluarga2 Indonesia yg menetap di USA dan bernaung di bawah IMSA (Indonesian Muslim Society in USA) dan pelajar2 Malaysia yang menuntut di USA dan bernaung di bawah MISG (Malaysian Islamic Study Group).



Banner Muktamar 2011 sewaktu majlis perasmian program - 24 Disember 11

Atas dasar persaudaraan Islam jugalah, kutipan derma bernilai lebih 35 000 USD (RM 105 000) berjaya dikumpulkan kurang dari tempoh satu  hari dari peserta2  Muktamar utk membiayai perbelanjaan Muktamar 2011 yg tertunggak termasuk kos penginapan dan makanan. Teringat daku kepada pengorbanan kaum Ansar kepada Muhajirin sewaktu peristiwa Hijrah. Subhanallah... sungguh indah persaudaraan dalam Islam ini.

Saudara-saudaraku,

Dari Anas bin Malik R.A bahwa RasulullahS.A.W bersabda


                         “Jika kalian melewati taman-taman syurga maka singgahlah"
                          lalu  para sahabat bertanya “apa itu taman-taman surga ya Rasulullah ? 
                          baginda menjawab “ majlis dzikir (majlis  ilmu) " (HR. Tirmidzi)



mesin judi di salah satu casino di Las Vegas

Siapa sangka ditengah-tengah Sin City Las Vegas yang penuh dikelilingi casino, strip club dan bar juga terdapat taman-taman syurga seperti yang Nabi S.A.W maksudkan dalam hadis di atas. Di Muktamar ini, kami berhimpun, berseminar menambah ilmu melalui ulama2, ilmuwan2 Islam yang tersohor sambil saling memperingati antara satu sama lain.

Mengapa mereka hadir ke Las Vegas ini utk duduk mendengar ceramah yg mungkin membosankan bagi sesetengah individu ? sedangkan mereka boleh berfoya2 di sekitar kota Las Vegas yg juga dikenali - City of Entertainment. Mengapa terdapat mereka yang sanggup travel ke kota Las Vegas yg sejuk ini ? bahkan ada yg sanggup memandu selama 3 hari utk sampai, sedangkan mereka boleh memilih utk ke Florida yg panas atau ke tempat2 lain yg lebih menyeronokkan dan lebih dekat. Semuanya kerana... kerana mereka faham. Mereka mendapat kefahaman melalui hidayah Allah seperti dalam Hadis Faham di atas. Kerana mereka dapat merasakan manisnya persaudaraan Islam. Mungkin juga kerana meraka yakin janji Allah S.W.T dlm hadis di bawah...

Sabda Rasulullah S.A.W,


" barang siapa yang berjalan di jalan niatnya untuk mencari ilmu maka Allah akan mempermudah jalan ke syurga untuknya, dan malaikat meletakkan sayapnya kerana REDHA kepada orang yang mencari ilmu. Sesungguhnya orang yang mencari ilmu itu malaikat yang ada di langit dan di bumi sampai ikan yang berada dalam air memintakan ampun. (malaikat dan ikan mendoakan keampunan mereka) Kelebihan orang yang pintar terhadap orang yang bodoh sebagaimana bulan mengalahkan bintang. Sesungguhnya ulama adalah warisan para Nabi, Nabi tidak meninggalkan warisan berbentuk harta yang berupa dirham dan dinar, sesungguhnya para Nabi mewarisi ilmu. barang siapa yang mengambil ilmu bererti mengambil pada bahagian yang sempurna." (HR Ibnu Majah)

Saudara-saudaraku,

Mereka2 yang berhimpun di bumi Las Vegas ini bukanlah calang2 orang. Mereka terdiri dari golongan2 professional dalam bidang masing2 seperti doktor, jurutera, saintis, dll. Mereka adalah anak2 muda, pewaris legasi Islam yang masih menutut di universiti2 terkemuka dari seluruh USA. Mereka adalah "logam-logam" yang telah mendapat kebaikan dari Allah S.W.T seperti dalam Hadis Faham di atas. Mereka adalah 'logam-logam' yang rela memanfaatkan kelebihan2 mereka dalam bidang masing2 pada jalan Allah. Semoga apa yg telah dibincangkan sepanjang seminar tersebut dapat membawa kebaikan kepada komuniti Islam di USA khususnya, dan Umat Islam sejagat am nya. Semoga juga, kita tergolong dalam golongan2 orang yang mendapat kebaikan seperti dalam Hadis Faham di atas. aminn...insyaAllah

sekian , wallahua'lam - ahza-

are you happy ?

(written on Wednesday, January 4, 2012)

(seperti yang disampaikan oleh Imam (maaf, tak ingat nama) sewaktu tazkirah Subuh, 26 Disember - Muktamar 2011)






Assalamulaikum w.b.t



Brothers and sisters of Islam,



How are you feeling today ? I can see some are smiling maybe can't wait for the next session to start and some seem sleepy to me, maybe haven't  got enough rest after tiring sessions yesterday. And... I can also see some hungry faces, can't wait to have breakfast huh ? haha.

Despite all the feelings right now, lets thanks to Allah for giving us another opportunity to live today and be in this barakah program. Alhamdulillah. May Allah grant our family and the knowledge that we share with his bless, aminn.

This morning, I'm not intended to give a long tazkirah but let me ask you a very short question, but if you think through it carefully and wisely it might change your perceptions and how you would approach your life after this...

Brothers and sisters of Islam,

Are you happy ? Yes... are you happy with your life right now ? Are you happy with all what you have today ? Raise your hands if you say 'yes'... 

Wow, I barely can see hands right now. This is surprising. Ok, let me ask once again to see the hands. ARE YOU HAPPY ?

Haha, now I can see the numbers increase, at least a bit. So, for those who didn't raise their hands, maybe there's something bothering their life... wallhua'lam

Brothers and sisters of Islam, 

Allah s.w.t mentioned in al-Quran,

" And as for those who will be glad (that day) they will be in the Garden, abiding there so long as the heavens and the earth endure save for that which thy Lord willeth: a gift unfailing " (11:108) 

Terjemahan:

" Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus. ( 11:108 )

What Allah means in this phrase of Quran is, Allah gifts for the people of jannah is the truly meaning of happiness.  Allah gifts for them are very very very very very satisfying enough for them until they don't even have any desire to change the gift !

Lets look our life in this dunyaa (dunia)...

A family may say that they are living very happy. A good husband, wife, children and a comfortable big house. Yes, indeed they are a happy family. But, one day the wife might ask the husband...

Honey, can you help me to change thfurniture arrangement. Our house would look much better this way... "  

and then she might ask to paint the house with a new color, the children would ask to go on a vacation, the husband might wish her wife can cook this or this.. and wishing and asking will continue to make their family happier...

A person may feel very happy to have a brand new Iphone 4s or maybe a Galaxy S2 smartphone. They might feel they have the coolest mobile phone in the world. But, wait another one or 2 years. Lets say in those coming years there will be new-born better Iphone 5 or Galaxy S3. And this person, at least have a very tiny feeling to have the new-born  phones... And when he got the new-born phones, there will be plenty of new-born phones being published in the future... and this feeling of '" I wish I have a better one " will never stop...

Do all of us notice these ? THE HAPPINESS IN THE WORLD IS NOT CONTENT ! Yes, we are happy with them but they are not satisfying enough. There will always a space to improve the happiness. All what we have in this world to make us happy can be made better to make us happier. We will race to achieve the never ending happiness...

What about the happiness in jannah ? This kind of happiness is what we want. The most satisfying happiness. All what Allah gives are already desirely content. The people of jannah would never ask more and in fact, Allah will give more without they even need to mention in their heart ! Subhanallah...

Brother and sisters of Islam,

So, how to reach the truly happiness in our life ? Is it possible ? 

Yes, it is possible ! but how ? Allah mentioned again in al-Quran,

" O ye who believe! Bow down and prostrate yourselves, and worship your Lord, and do good, that haply ye may prosper (happy and success)  " (22:77)

Terjemahan:

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (bahagia di dunia dan di akhirat). (22:77)


Yes, we can reach the happiness in this dunyaa by making sujud, doing good deeds, and by worshiping AllahThat is what we call, the sweetness of worship. Lets wake up from our bed tonight, and prolong our sujud. Lets help our brothers and sisters in Islam. Lets gain the happiness that Allah promises to us is this dunyaa ! and insyaAllah, once we gain this happiness, the happiness in jannah will be waiting for us.

Be grateful to Allah of what we have in this dunyaa that would make us happyThe money, family, cool stuffs, big houses, and all our belongings are lend by Allah to us. Allah mentioned in al-Quran,

" And when your Lord proclaimed: If ye give thanks, I will give you more; but if ye are thankless, lo! My punishment is dire " (14:7)

Terjemahan:

" Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras " (14:7)

May Allah grant us with both happiness that we seek in this dunyaa, and the life after, insyaAllah.

sekian, Wallhua'lam - ahza -

erti hidup 20 tahun

(written on Sunday, January 22, 2012)

Assalamualaikum w.b.t



Hari ini (waktu Malaysia) 23 Januari 2012... dah genap 20 tahun aku hidup, Alhamdulillah. Rasa macam tak percaya pun ada. Rasa macam baru semalam main kejar2 dengan kawan2 sekolah rendah. Tahun ini, aku tak mengharapkan sebarang ucapan ataupun hadiah hari lahir dari kawan2 mahupun keluarga. Hari ini, aku terduduk termenung teringatkan hadis Nabi di bawah dan berfikir...

Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis Abdullah bin Mas’ud RA

“Tidak akan beranjak kaki anak Adam pada Hari Kiamat dari sisi Rabbnya sampai dia ditanya tentang 5 (perkara) :

1. Tentang umurnya dimana dia habiskan
2. Tentang masa mudanya dimana dia usangkan 
3. Tentang hartanya dari mana dia mendapatkannya
4. Tentang hartanya kemana dia keluarkan
5. Tentang apa yang telah dia amalkan dari ilmunya”. 


(HR. At-Tirmizi)

Aku berfikir... point kedua, 'Tentang masa mudanya dimana dia usangkan' benar2 mengetuk pintu hati aku sehingga bergenang air mataku...untuk apa telah  aku habiskan usia muda 20 tahunku yang lalu ? adakah aku punya jawapan yang kukuh pada Allah s.w.t sekiranya esok ataupun sebentar lagi Allah menjemputku pergi ? aku sendiri tidak punya jawapan kepada persoalan ini. Cuba aku flashback sedikit kenangan2 silam, cuba mencari jawapan yang sesuai apabila ditanya Allah sekiranya sebentar lagi ajalku tiba...

Umur 0-6 tahun... tak banyak yang aku ingat. Dari kelas literasi, tadika ke prasekolah.Dari sinilah aku belajar mengeja dan membaca. Mula2 masuk tadika, menangis tak nak ayah balik. haha, normal la kan. ermm... masih aku tidak punya jawapan sesuai. Mungkin sebab ketika ini aku masih tidak dipertanggungjawabkan keatas amalan sendiri (belum baligh).

7-12 tahun... masuk sekolah rendah, masuk sekolah agama dan mula2 belajar solat dan puasa. Solat main2 je masa ni, waktu maghrib je ikut ayah berjemaah. Puas kena rotan dengan mama, kena tarik telinga, cubit dengan kakak. Aku nakal sangat agaknya. aaaaa, masih tidak punya jawapan... solat pun tak cukup 5 waktu puasa pun puasa yang yok. Tapi, umur 12 tahun, beberapa bulan sebelum UPSR pintu hatiku diketuk hidayah Allah. ' Akim, kau kena solat 5 waktu, kau kena puasa penuh, kalau tak macam mana kau nak dapat 5A ? '. Mula dari situ lah aku solat 5 waktu dan puasa penuh...

Aku tak rasa puasa dan solat sudah cukup untuk menjawab pertanyaan Allah nanti. Untuk apa aku puasa ? untuk apa aku solat ? tak kan untuk dapat 5A je ? kalau begitu baik lepas dapat 5A dulu aku berhenti solat dan puasa... 

Umur 13-17, aku bawa diri keluar dari FELDA Tenggaroh 1, dari pohon2 sawit yang menjadi sarang aku main pondok2, mandi paya, main meriam masa kecil2 dulu. Aku ingin mencari pengalaman baru, hidup di suasana baru, berkenalan dengan kawan2 baru, mungkin juga ketemu jodohku, hehe... dari sebuah pekan kecil, Mersing aku bersekolah menengah di JB dan Melaka. 5 tahun di sini, adakah aku punya jawapan ? aaaaa...... aku masih tidak jumpa jawapan yang sesuai. Belajar cemerlang2 pun sebab peperiksaan. Beribadah pun sebab nak cemerlang dalam peperiksaan. Takkan apabila ditanya Allah kelak aku nak tunjuk sijil PMR dan SPM ?

Habis sahaja SPM, aku duduk melanguk kat rumah, main sawit kembali. Terasa kosong di jiwa, tak tahu nak buat apa. Januari 2010, masuk ke UTP. Tapi masa ini aku tak boleh belajar pun, minda terlalu serabut dengan konflik dan dilema. Kawan2 lain yang sebaya denganku sedang seronok bercuti. Walaupun menyesal dari segi kewangan dan masa, tapi aku tak pernah menyesal pengalaman dan ilmu yang aku perolehi kerana di sini lah aku mengenali usrah, mengenali erti keindahan persaudaraan dalam Islam. Dari sinilah aku diingatkan kembali kepada tujuan sebenar aku diciptakan...

Firman Allah s.w.t:

" Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu " 
   (51: 56)

" Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang (manusia) khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" (2:30)

adakah dengan menyedari sahaja sudah cukup untuk menjawab pertanyaan Allah kelak ? sedangkan perlakuan tidak pun menampakkan seperti seorang hamba dan khalifah... aaaaa... jawapan yang aku ada masih tidak cukup meyakinkan....

Julai 2010 hinggalah sekarang, umur 18 - 20, rezeki Allah menempatkan aku di bumi United States. Di sini aku nampak apa yang Syed Qutb nampak sebelum beliau menyertai Ikhwan Muslimin suatu ketika dahulu. Aku semakin yakin dalam perjuanganku bersama sahabat2. Namun semua ini masih hanya permulaan.  Perjuangan sebenar adalah di negara tanah tumpahnya darahku kelak. Betapa sahabat2 ku di sana dahagakan tarbiyyah seperti seorang musafir yang dahagakan air. Aku yakin inilah jalannya yang akan memberikanku jawapan yang sesuai apabila ditanya Allah di hari kebangkitan kelak. 

20 tahun yang lalu, aku alpa dengan tujuan aku diciptakan. 20 tahun yang lalu aku terlalu leka dengan sandiwara duniawi, Ya Allah ampunkan aku...

Firman Allah s.w.t:

" Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda dan permainan. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenar kehidupan, kalau mereka mengetahui " (29:64)

Ya Allah, berikanlah aku tempoh 20 tahun lagi, atau lebih untuk aku berjuang pada jalanMu. Berikan aku peluang untuk aku manfaatkan kembali 20 tahun yang telah aku alpakan. Dan izinkan Allah aku mencari kembali erti hidup aku selama 20 tahun.

Sahabat2 yang seusia denganku, yang bakal menjengah ke usia 20 tahun ini, apa pula erti hidup 20 tahun anda ? sudah punya jawapan yang sesuai apabila ditanya Allah sekiranya sebentar lagi malaikat Izrail datang menjemput ? tepuk dada, tanyalah iman...

Sekian, wallhua'lam - ahza -

Fahami dan Kenali

(written on Sunday, February 12, 2012)

Assalamualaikum w.b.t

Kalau seorang jurulatih bola sepak ingin memerhatikan dengan jelas pemain2nya berlatih, sudah tentu dia memerhatikan dari sisi padang bukan di tengah2 padang untuk melihat dengan lebih jelas dan mengenal pasti kelemahan pasukannya. Begitu juga dengan seorang pengembala kambing, memerhatikan kambing2 nya dari sisi kandang bukan dari tengah2 kawanan kambing. 

Aku pula dari sini, memasang 'binocular' memerhatikan keadaan saudara2ku di tanah air. Dari sini dapat aku kenal pasti sesuatu yang aku terlepas pandang sewaktu aku berada di antara mereka suatu ketika dahulu...iaitu masalah memahami dan mengenali.

Memahami apa ? Mengenali apa ? yang aku maksudkan di sini ialah memahami Islam dan mengenali jahiliyyah. Sungguh tipikal dan jumud jika kita mengatakan kita sudah pun Islam sejak lahir dan jahiliyyah itu sudah tiada kerana ia hanya wujud sewaktu zaman sebelum kedatangan Islam... 

Saudara-saudaraku,

Sedarkah kita, Islamnya kita pada hari ini berdasarkan  5 rukun Islam masih tidak cukup ! Sedarkah kita, jahillyah masih wujud pada hari ini, malahan jahillyyah umat hari ini lebih teruk dari jahiliyyah sebelum kedatangan Islam !

Fahami Islam

Kalau kita solat, sudah tentu wajib 13 rukun solat mesti ada dalam solat kita supaya sah dan diterima solat kita. Kalau kita puasa, sudah tentu wajib 3 rukun puasa mesti ada dalam puasa kita supaya sah dan diterima puasa kita. Tetapi, adakah dengan melaksanakan 13 rukun solat dan 3 rukun puasa tadi, menjamin solat dan puasa kita sebagai solat dan puasa yang terbaik di sisi Allah ? Sudah tentu tidak jika solat kita tidak khusyuk dan puasa kita pula dipenuhi dengan tidur sepanjang hari. Ya, solat dan puasa kita masih sah tetapi masih terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan tahap solat dan puasa kita ke tahap yang lebih diterima Allah seperti memahami bacaan2 dalam solat dan memperbanyakkan membaca al-Quran ketika berpuasa, bukan sekadar sah semata-mata...

Begitu juga dengan Islam. 5 rukun Islam yang kita laksanakan hanyalah sebagai membenarkan tauhid kita kepada Allah dan sudah tentu terdapat pelbagai lagi cara untuk kita meningkatkan amalan kita pada Allah selain 5 rukun Islam tersebut. 

Seperti solat dan puasa tadi, sudah tentu kita hendak solat dan puasa kita menjadi solat dan puasa yang terbaik di sisi Allah, bukan sekadar sah semata-mata. Begitu juga dengan keislaman kita, semestinya kita hendak menjadi umat Islam yang terbaik dan menghuni syurga yang paling tinggi dan masuk syurga paling awal, insyaAllah. Tetapi, bagaimana pula hendak menjadi umat yang terbaik ?

Firman Allah s.w.t:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah”  (3:110)

ya, iaitu dengan berdakwah mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Aku sedar jalan dakwah ini bukan jalan mudah, malah berliku2. Kerana itulah kita perlu membina kefahaman Islam sejak dari usia muda ini. Kefahaman tentang Islam adalah suatu kebaikan kurniaan Allah, seperti yang telah kita bincangkan dalam perkongsian yang lalu. Dalam jalan ini juga, bukan semua orang akan menyokong dan menerima apa yang kita sampaikan, malah ada yang menentang tetapi mengapa kita masih perlu sampaikan ? kerana... 

Firman Allah s.w.t:

" Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat? Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: (Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu dan supaya mereka bertakwa. " (7:164)

dan juga kerana mereka saudara kita (49:10). Oleh itu, kita sewajarnya berasa meminpin mereka keluar dari api neraka adalah sesuatu yang wajib sebagaimana kita merasa ingin menyelamatkan ayah, ibu dan saudara kandung kita. 

Saudara-saudaraku,

Fahami Islam untuk kita sampaikan Islam, tidak cukup memahami Islam dengan sekadar melaksanakan rukun Islam semata-mata. Jalan ini adalah jalan yang amat mulia di sisi Allah kerana ia merupakan tugas seorang Rasul dan tugas ini tidak diberi upah atau ganjaran di dunia. Tugas ini menagih keikhlasan dan semangat jihad yang tinggi, dan ganjarannya...wallhua'lam, hanya Allah yang tahu. Kita sering digalakkan melaksanakan sunnah-sunnah Nabi dalam kehidupan seharian dari sekecil-kecil cara beristinjak sehinggalah sebesar2 cara membina membina negara dan keluarga. Tapi, sedarkah kita yang kita sering terlepas pandang sunnah TERBESAR Nabi... iaitu sunnah berdakwah. 


Kenali Jahiliyyah

Kita pada hari adalah mangsa keadaan dari sistem yang menjadikan Jahiliyyah itu sesuatu yang indah, sehingga kita tidak dapat membezakan mana satu Islam, mana satu jahiliyyah. Konsert kebajikan, loteri amal, antara frasa2 yag cuba menghaqkan yang batil. Islam itu sesuatu yang haq, dan jahiliyyah itu sesuatu yang batil. Tidak mungkin yang haq dan batil itu boleh bercampur ! seperti mana air tidak mungkin bercampur dengan minyak...

Firman Allah s.w.t:


 Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya "  (2:42)

Ramai antara kita pada hari ini masih kabur untuk membezakan antara Islam dan Jahiliyyah meskipun kita sudah Islam sekian lama. Contoh kekaburan paling ketara...

Ramai antara kita yang melenting, mengecam dan mengutuk sekiranya seseorang muslim bergambar memeluk anjing atau babi seperti yang pernah heboh suatu ketika dahulu dan seperti yang dihadapi oleh seorang artis tanah air baru2 ini. Al-Quran mengajar kita, daging babi adalah haram untuk di makan (5:3) manakala dalam satu hadis Nabi pula mengatakan, bekas jilatan anjing pula disertu. TIDAK ADA satu pun ayat al-Quran atau Hadis yang mengatakan HARAM hukumnya memegang anjing atau babi. Sekalipun terpegang, masih ragu-ragu akan hukumnya, bolehlah sertu kerana isu ini masih menjadi khilaf sesetengah ulama' dan tiada dosa baginya. 

Bagaimana pula reaksi kita pada artis2 yang mendedahkan aurat dan berpegangan antara bukan mahram di media2 ? bukankah kita suka ? malah ada yang fanatik sehingga sanggup mengundi, bersorak dan menjadikan mereka idola. Bukankah secara jelas dalam al-Quran dan Hadis, tanpa sebarang khilaf, mendedahkan aurat dan berpegangan antara bukan mahram itu haram dan berdosa hukumnya ? (maaf, terlalu banyak dalil jika aku hendak sertakan di sini). Bahkan, tidak keterlaluan jika aku mengatakan, lebih baik bagi kita memegang anjing atau babi daripada kita memegang seseorang yang bukan mahram. 

Dalam kisah Abu Zar dan Bilal bin Rabah, mafhumnya, yang mana sewaktu Abu Zar memanggil Bilal dengan gelaran " wahai anak hitam ! " (kerana fizikalnya) lalu ditegur Nabi s.a.w, " wahai Abu Zar, masih ada jahiliyyah dalam diri kau ni ! ". Peristiwa ini jelas menunjukkan, sekecil2 perkara seperti memanggil dengan gelaran yang tidak baik adalah suatu jahiliyyah. Maka sesuai jika aku sifatkan, setiap perkara yang kita lakukan seharian, jika ianya jahiliyyah, dan sekiranya Nabi berada bersama kita waktu itu, Baginda tidak menyenanginya dan akan menegur kita. Itulah panduann paling mudah untuk kita mengenali jahiliyyah. 

Aku mengatakan masalah jahiliyyah umat Islam hari ini adalah lebih berat berbanding dengan jahiliyyah sebelum kedatangan Islam kerana ketika ini, kita sudah punya petunjuk ! kita sudah punya al-Quran dan Hadis namun kita masih sesat, sedangkan kesesatan jahiliyyah dulu berlaku ketika masih tiada petunjuk. Mengapa kita masih sesat ? Pelik bukan ? 

Dulu di asrama, pelbagai gelaran diberikan kepada kami junior2 yang baru masuk. Ada yang digelar Moq, Gagak, Goncang, Gigi kerana fizikal mereka sedangkan mereka punya nama2 yang baik, Azizi, Arif, Asyraf, Wafi. Yang menggelar, tidak mengenal perbuatan ini suatu jahiliyyah. Aku juga suatu ketika dulu pernah sesat dalam mencari Islam, sehingga terpinggir aku di tebing jahiliyyah. Mujurlah cahaya Allah menunjukkan aku kembali ke jalan yang benar.

Saudara-saudaraku,

Kenali jahiliyyah, untuk kita jauhi jahiliyyah. Masalah kita pada hari ini, kita sukar dapat membezakan antara Islam dan Jahiliyyah. Pengaruh media2 amat memberi kesan sehingga mencenderungkan hati kita ke arah jahiliyyah itu. Berkasih bukan pada jalanNya, berhibur bukan pada jalanNya, terasa bagai sesuatu yang indah kerana kabus kebatilan itu, menutup jalan yang haq. Semoga kita tergolong dalam golongan2 yang dikurniakan Allah petunjuk ke jalan yang haq itu, aminnn.



Fahami Islam untuk kita sampaikan Islam,
Kenali Jahiliyyah untuk kita jauhi Jahiliyyah


Aku akhiri perkongsian kali ini dengan serangkap kata2 Syed Qutb dari Muqaddimah  Fi Zilal Quran (Muqaddimah Tafsir Dibawah Naungan al-Quran) yang beliau karang sewaktu dalam penjara tahanan kerajaan Mesir sebelum beliau dihukum gantung kerana menegakkan yang haq sebagai penghayatan kita bersama...

 " Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku melihat jahiliyyah
berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk
dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyyah itu berbangga-
bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan
kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-
kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan
kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa
manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh
penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan
Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia
                 seorang? "       - Syed Qutb


Sekian, wallhua'lam - ahza -

Antara 2 Jalan

(written on Sunday, March 4, 2012)


2 JALAN

Assalamualaikum w.b.t

Siapa pernah tengok movie pengembaraan or thriller  yang mana pengembaranya punya pilihan untuk memilih antara 2 jalan, satu jalan yang betul, satu lagi jalan yang salah ? Jika pengembara itu tersalah memilih jalan bakal mengundang padah, seperti dalam filem Karak atau Wrong Turn. Dan bila si pengembara tersalah pilih jalan, semakin lama dia berada atas jalan itu, semakin sesat dan semakin sukar untuk dia kembali pada jalan yang betul...

antara 2 jalan, anda pilih yang mana ?

Saudara-saudaraku,

Hakikatnya begitulah juga hidup kita... segala apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian, kita diberi pilihan untuk memilih antara jalan Islam atau sebaliknya, jalan jahiliyyah. Sebagai contoh, kita boleh mencari rezeki melalui cara Islam iaitu melalui cara2 yang halal dari syara' ataupun kita boleh mencuri, merompak iaitu cara2 jahiliyyah. Untuk berhibur, kita boleh berhibur mengikut batas2 Islam ataupun sebaliknya, yang mana ramai antara kita lebih suka memilih cara sebaliknya. Untuk berpakaian pula, kita boleh berpakaian menutup aurat dengan sempurna mengikut jalan Islam, atau sebaliknya, berpakaian cara jahiliyyah. 

Dan apabila sekali kita telah memilih untuk berada untuk di jalan jahiliyyah itu, amatlah sukar untuk kita kembali ke jalan yang benar. Syaitan pun bersorak riang gembira kerana berjaya menyesatkan seorang lagi anak Adam. 

Analogi jahiliyyah ini umpama gula getah...Gula getah apabila melekat pada tapak kasut atau seluar kita, kita tidak perasan pun. Dan apabila kita hendak menanggalkannya, amatlah susah sekali. Begitulah juga jahiliyyah, kita tidak perasan pun apa yang kita lakukan itu suatu jahiliyyah, dan apabila kita hendak meninggalkannya, amatlah susah sekali kerana ia sudah sebati dengan kita kehidupan kita...

berbicara tentang jahiliyyah, terdapat 4 tempat di mana Allah menyebutkannya secara jelas dalam al-Quran:

" (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan sombong angkuh secara jahiliyyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman..."  (48:26)


" Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya... " (33:33)


" Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyyah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah. " (5:50)


" Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyyah... " (3:154)

TIADA JALAN KE-3

Saudara-saudaraku, 

Adakah kita ada terlibat dengan sebarang jahiliyyah menurut al-Quran seperti di atas ? Skop jahiliyyah tidak sahaja merangkumi 4 perkara ini malah lebih luas tapi amat mudah untuk dikenali. (rujuk entri ke-13, kisah Abu Dzar). 

Ramai antara kita yang beranggapan," aku cuma buat benda jahiliyyah ni sikit je, benda2 jahiliyyah lain aku tak buat pun, aku sembahyang dan perkara2 Islam lain aku masih buat. " Sedarkah kita, perkara yang jahiliyyah sedikit ini lah yang kita tidak mahu kerana ia bisa merebak kepada perkara jahiliyyah yang lebih serius. 

Saudara-saudaraku,

Dalam Islam hanya terdapat dua jalan ! Iaitu jalan Islam dan jalan jahiliyyah, tiada jalan ke-3, tiada jalan sedikit jahiliyyah dicampuri dengan sedikit Islam atau jalan jahiliyyah yang dicampuri dengan sedikit Islam mahupun seimbang antara keduanya. 

Perasankah kita, Allah kerap kali bercerita dalam al-Quran tentang 2 golongan. Golongan pertama iaitu golongan orang2 yang beriman/ bertaqwa/ diberi petunjuk/ ahli2 syurga/ diberi rahmat dan kemudian diikuti golongan yang kedua, iaitu golongan yang sebaliknya seperti orang2 yang kufur/ tidak bertaqwa /sesat/ ahli2 neraka. Golongan yang pertama inilah mereka yang berada pada jalan Islam, manakala golongan yang kedua inilah mereka yang berada pada jalan jahiliyyah dan Allah tidak pernah bercerita adanya golongan le-3. Contoh paling mudah dapat kita lihat dari ayat terakhir surah al-Fatihah yang kita baca setiap hari dalam solat:

" Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat." (1:7)

Mengapa pula tidak boleh kita campur adukkan antara Islam dan jahiliyyah ? Kerana Allah berfirman: 

" Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumNya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata " (2:208)

ya, kerana Allah menyeru kita untuk mengamalkan Islam keseluruhannya ! dan jalan selain Islam itu adalah jalan2 jahiliyyah yang dipandu oleh syaitan yang sesat lagi menyesatkan. 

Masih tidak kukuh lagi mengapa kita seharusnya tidak mencampur adukkan antara Islam dan Jahiliyyah ? Ayuh kita hayati Firman Allah dibawah:

" Orang-orang yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, Allah sia-siakan segala amal mereka. Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat). Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya orang-orang yang kafir menurut perkara yang salah dan sesungguhnya orang-orang yang beriman menurut perkara yang benar dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing." (47: 1-3)

Janji Allah dalam ayat di atas, Allah akan menjayakan orang-orang yang beriman. Tapi mengapa ada orang Islam yang mengadu, Allah tidak memberikan mereka kejayaan ? kerana Islamnya sesetengah antara kita tidak ada beza dengan jahiliyyah orang-orang kafir ! 

Ada antara kita yang mendedahkan aurat, berpakaian jahiiyyah sama seperti orang2 kafir. Berkasih, berzina, seperti orang2 kafir,dll. Beza dari segi syahadah tidak cukup bagi kita membezakan antara kita dengan orang2 kafir, malah perlakuan kita juga perlu berteraskan Islam, barulah Allah akan mengurniakan kita kejayaan seperti yang Allah janjikan dalam ayat diatas. 

MENINGGALKAN JAHILIYYAH

Allah itu Maha Memahami akan hamba-hambaNya. Allah faham, bukan senang bagi kita untuk meninggalkan jahiliyyah yang telah mendarah daging dalam diri kita. Kerana inilah, Allah melalui Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan dakwahnya secara beransur-ansur. Nabi mengambil masa 3 tahun untuk membuang sepenuhnya jahiliyyah dari diri para sahabat di Mekah sebelum baginda berdakwah secara terang-terangan. 

Saidatina Aisyah r.a.h pernah berkata : 

“ sesungguhnya surah yang awal dari al-Quran kepada kami ialah surah-surah pendek seperti surah yang menerangkan syurga dan neraka sehinggalah apabila manusia menerima Islam, barulah turun ayat tentang halal dan haram. Kalaulah ayat yang pertama turun tentang larangan jangan minum arak, nescaya mereka akan berkata, kami akan  minum arak selama-lamanya, begitu juga kalau turun ayat pertama tadi jangan kamu berzina, nescaya mereka akan berkata “kami tidak akan berzina selama-lamanya..”. 

ya, turunnya al-Quran juga secara beransur-ansur supaya lebih mudah diterima dan lebih memberi kesan di dalam hati.

Justeru, untuk meninggalkan jahiliyyah yang ada pada diri kita, kita bolehlah bermula secara beransur-ansur, setapak demi setapak dan usahlah berubah sekali gus kerana ia tidak akan berkekalan. Perubahan secara beransur-ansur, istiqamah (berterusan) tapi disertai dengan tekad yang kuat adalah jauh lebih baik dan berkekalan. 

Yang paling penting dalam langkah meniggalkan jahilyyah ialah, langkah permulaan. Ya, bukan senang untuk kita mengorak langkah ke arah Islam sepenuhnya kerana old habits die hard. Tapi ingatlah, kalau kita tak mula sekarang, bila lagi kita akan mula ? esok, lusa, tulat ? takut2, tak sempat nak mula... Sekali sudah mula, insyaAllah momentum meninggalkan jahiliyyah itu akan menigkat dengan drastiknya. 

Saat sahaja kita hendak mengorak langlah permulaan, kerap kali hati kita berbisik " buat apa kau nak pakai tudung ? nanti kau tak cantik, orang cakap kau kolot", " buat apa kau nak buat benda baik2 ni, bukannya best pun nanti orang cakap kau poyo, hipokrit, berpura-pura", "Kau tak perlulah berubah, ini bukan diri kau ! Pedulilah apa orang nak cakap, just be yourself !" " Alah, tak perlu lah berubah sekarang, esok lusa kan boleh, kau masih muda lagi. Lagipun kau kan belum bersedia, hidayah belum sampai. relaxla, muda2 enjoy dulu, tua nanti baru bertaubat" dan bermacam2 lagi bisikan2 yang mematahkan niat kita untuk meninggalkan jahiliyyah. Sedarkah kita, bisikan2 ini ialah bisikan2 syaitan ! 

Ya, inilah bisikan2 syaitan yang menghalang kita berubah kepada jalan Allah, jalan Islam sepenuhnya. Kita acap kali dimomokkan oleh2 media tentang hantu2, syaitan2 yang menakutkan manusia, yang merasuk manusia seperti jembalang dan sebagainya sedangkan ancaman paling besar syaitan2 berada di dalam hati kita ! Mereka membisik-bisik menghasut kita supaya membatalkan niat kita untuk berubah. 

Sekali lagi, Allah itu amat memahami hamba-hambaNya, lalu Dia turunkan Surah An-Nas, surah terakhir dalam al-Quran. Ayuh kita hayati bersama terjemahan surah An-Nas:

" Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (1) Yang Menguasai sekalian manusia. (2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. (4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.(6) "

Ya, Allah turunkan Surah An-Nas bagi kita, untuk kita hindari bisikan syaitan yang penuh dengan tipu daya. Justeru, jika bisikan2 diatas kita dengari saat kita hendak mengorak langkah ke jalan Islam, beristi'azahlah dan bacalah surah An-Nas ini supaya Allah melindungi kita dari bisikan2 itu maka bolehlah kita memulakan langkah kita ke jalan Islam. 

Saudara-saudaraku,

Tertegaknya Islam di muka bumi ini bermula sejak 1400 tahun dahulu kerana runtuhnya jahiliyyah. 23 tahun Nabi bertungkus lumus meruntuhkan jahiliyyah2 dalam diri umat Islam ketika itu sehingga lahirnya para sahabat yang hebat2. Hari ini Islam berada di tahap yang paling bawah kerana jahiliyyah2 itu sudah dibiakkan kembali secara tidak kita sedari. Islam dan jahiliyyah itu tidak mungkin akan dapat berdiri bersama ! Pilihlah dengan sehabis baik mana jalan yang hendak kita lalui, pohonlah petunjuk Allah, semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah. Tepuklah dada, tanyalah tanya iman, maka pilihlah dengan bijak antara 2, kerana tiada yang ke-3...

speaker ISR' 12: akhi Aakif Md Jalil 
sekian, wallahua'lam. -ahza-

p/s: sebahagian perkongsian kali ini adalah hasil pengisian akhi Aakif Md Jalil dari Michigan State University sewaktu program Islamic Spring Retreat (ISR) '12: Sayonara Jahiliyyah di Vanderbilt University pada 3 Mac 2012. Penulis sendiri masih punya jahiliyyah2 yang membatu dalam diri. Oleh itu. marilah kita bersama2 saling mengingatkan agar jahiliyyah dalam diri kita berjaya diruntuhkan sepenuhnya, insyaAllah, aminn. 

Ghazwul Fikr (GF) 

(written on Sunday, March 4, 2012) 

Assalamualaikum w.b.t

ayuh berjihad menentang GF !


"Ah, sakitnya ! Sakitnya kaki aku..." Itu kalau kaki kita sakit, bagaimana pula kalau umat yang sakit? Bila umat yang sakit, kita tak rasa apa2 langsung, apatah lagi kalau nak menangis bersama. Sedar2 je dah nazak...

Korupsi, riba' dalam muamalat, rasuah, pecah amanah, sekularisme, zina, couple, arak, masalah perpaduan, rempit, sumbang mahram,pergaulan bebas, judi, buang anak, merupakan sebahagian daripada masalah umat Islam hari ini, khususnya di Malaysia. Penindasan di Syria, Palestin pula ? Kita hanya mampu memlihat sahaja. Kita rasa kita hidup aman di Malaysia di sebalik masalah2 umat di atas. Adakah kita tak perasan ? Atau buat2 tak perasan ? 

Saudara-saudaraku,

Masalah2 umat di atas merupakan kesan Ghazwul Fikr yang sedang kita hadapi secara tidak sedari pada hari ini. Kesannya lebih serius, bersifat berkekalan, lebih buruk daripada kesan Peperangan Dunia ke-2 dan bencana Tsunami. Oh ya, apakah Ghazwul Fikr ?

Ghazwul Fikr (GF) dari sudut bahasa bererti serangan pemikiran. Dari sudut istilah pula bererti serangan melalui pelbagai cara terhadap pemikiran umat Islam untuk mengubah cara umat Islam berfikir supaya berfikir tidak lagi berlandaskan Islam, al-Quran dan sunnah. Kalau dulu, al-Quran dan sunnah menjadi neraca pertimbangan umat Islam, tapi hari ini, undang2 dan cara hidup barat menjadi neraca pertimbangan kita dalam kehidupan harian. 

Speaker Ghazwul Fikr 1: Akhi Syamir Aizat dari Rochester Ins. of Technology, New York
SEJARAH GF  

Sejarah Awal GF

Firman Allah s.w.t

" Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga). Dan dia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua." (7:20-21)

Ayat di atas Allah menceritakan bagaimana syaitan mempengaruhi fikiran Adam dan Hawa supaya melakukan larangan Allah iaitu jangan dekati pohon larangan Allah ini. Syaitan berjaya mengubah pemikiran Adam dan Hawa yang sebelum ini taat kepada Allah dengan mengatakan, " Korang dekatilah pohon ini. Allah tak marah pun sebenarnya. Allah cuma tak nak korang jadi malaikat atau tanak korang tinggal di syurga ni selama-lamanya je. Dekatilah, Allahkan sayang korang, tak kan Dia nak halau korang dari syurga. Korang pikirlah ya, aku cuma bagi nasihat. " 

Begitulah sejarah awal GF yang berlaku keatas Nabi Adam a.s dan Hawa hasil pujuk rayu syaitan yang penuh dengan tipu daya sehingga terkeluarnya mereka dari syurga Allah. 

Sejarah Moden GF

9 edisi Perang Salib yang berlaku dari 1095 hingga dari 1291 adalah bertujuan mengembalikan keagungan Kristian dan menjatuhkan Islam yang sewaktu itu merupakan tamadun yang paling disegani. Sebelum itu, Pierre l'Ermitte, seorang paderi Kristian dari Perancis berkunjung ke Baitulmaqdis, Palestin untuk menunaikan 'haji'. Ketika itu, Baitulmaqdis berada di bawah pemerintahan Kerajaan Islam. Di sana Pierre berjumpa dengan Pope Urban II, seorang ketua gereja Katholik. Mereka berbincang mengapa Baitulmaqdis yang mereka anggap sebagai tanah suci orang Kristian berada di bawah pemerintahan orang Islam dan mereka menganggap ini suatu penghinaan bagi mereka. Mereka mahukan Baitulmaqdis berada di bawah pemerintahan mereka !

Lalu bermulalah Perang Salib di mana Pierre dan Urban II sebagai pelopor. Pierre mengembara keseluruh eropah untuk menyebarkan fitnah terhadap Islam dengan mengatakan dia telah ditindas dan diberi layanan yang amat buruk oleh orang Islam sewaktu hajinya di Baitulmaqdis padahal dia telah diberi layanan yang amat baik ketika itu. Pope Urban II pula mengumpulkan penganut2 Kristian dari seluruh eropah untuk memberi ceramah dan membakar semangat 'jihad' para penganut Kristian untuk bangkit menentang Islam. Pada ketika itu umat Kistian berada dalam kegelapan. Ekonomi, politik, perpaduan mereka berada di tahap paling bawah. Negara2 mereka sering dilanda bencana alam. Demi menyahut seruan 'jihad' ini gereja2 yang sebelum ini bertelagah sama sendiri bersatu untuk menentang Islam. Namun, perpaduan mereka bukan atas dasar agama Kristian itu sendiri tapi adalah atas dasar peribadi. Pemimpin2 tempatan ketika itu ingin mengukuhkan kuasa mereka, manakala yang lain pula inginkan kestabilan ekonomi tempatan, inginkan penempatan baru, inginkan kekayaan. Secara kasarnya mereka nampak bersatu, padahal dalam hati, mereka berpecah-belah, tidak punya matlamat yang sama. Hal ini diceritakan oleh Allah s.w.t melalui firmanNya:

"...kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah-belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti" (59:14)

Speaker Ghazwul Fikr 2: Akhi Mujahid Umar
Mokhtar dari Vanderbilt University
Dalam ketika Perang Salib sedang berlaku, King Lousie IX, raja Perancis pernah ditahan oleh kerajaan Islam setelah tenteranya tewas kepada Islam. Beliau ditahan di dalam sebuah rumah di Mansoura, Mesir dan diberi layanan yang baik oleh tentera Islam. Dia kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin emas sebarat tubuh badannya dan tanpa sebarang kecacatan fizikal.

Sewaktu King Louise berada dalam tahanan Islam, dia sempat membuat catatan. Dalam catatannya dia menceritakan kepelikkannya terhadap penjaga penjara. Si penjaga penjara yang mengawasinya ketika itu mempunyai wajah yang bengis, umpama singa yang lapar di siang hari dan amat berani keluar berperang, seakan-akan tidak pernah takut kepada musuhnya. Tapi pada waktu malam, penjaga penjara itu sujud, menangis menghadap tuhannya. King Louise pelik, manakan mungkin penjaga penjara yang umpama singa yang lapar di siang hari bisa menangis di malam hari hanya kerana mengadap tuhannya? Seolah-olah mempunyai identiti yang berbeza. Lalu King Loiuse berkata " Kita tidak mungkin akan menang menentang Islam melalui peperangan selagi mana Islam dan al-Quran berada dalam hati mereka. Kita perlu keluarkan Islam dari hati mereka, kita mesti jauhkan umat Islam dari al-Quran mereka. Barulah kita boleh menang !" Maka di sinilah bermulanya Ghazwatul Fikr di zaman moden yang sedang kita hadapi pada hari ini. 

FASA-FASA GF

Sebelum Kejatuhan Khalifah

Lawrence The Arabian dihantar oleh kerajaan British mengubah pemikiran masyarakat Mesir ketika itu. Dia dikenali sebagai The Arabian kerana kefasihannya berbahasa Arab dan punya ilmu yang mendalam tentang budaya masyarakat Arab. Lawrence bertindak menanamkan sifat kepuak-puakkan, nasionalisme dan assabiyah dalam diri penduduk dan pemerintah Mesir sedangkan semangat ini telahpun dihapuskan oleh Nabi 1400 tahun yang lalu. Dia menghasut mereka dengan berkata " Kamu Mesir sebuah kerajaan yang hebat ! Sepatutnya kerajaan kamu yang menjadi khalifah, bukan Turki ! " Maka tercetuslah pertelagahan antara Mesir dan Turki sehingga mereka sanggup berbunuhan sesama sendiri. 

Semasa Kejatuhan Khalifah (1923-1925)

Semangat nasionalisme hasil hasutan barat semakin kuat dalam diri umat Islam. Sekularisme (pengasingan antara agama dan kehidupan) mula diamalkan oleh kerajaan Islam. Mustafa Kamal Ataturk diterima oleh rakyat Turki sebagai pemimpin kerana beliau berjaya menewaskan British, sedangkan British sengaja pura2 kalah supaya impression rakyat Turki terhadapnya tinggi dan supaya dia lebih dipercayai . Menurut pembantu Mustafa Kamal, dia merupakan seorang yahudi yang berpura-pura mengamalkan ajaran Islam supaya mendapat tempat di hati penduduk Turki. Mustafa Kamal bertindak menjatuhkan Sistem Khalifah ketika itu ! Undang2 Islam dihapuskan dan diganti dengan undang2 barat. Umat Islam tidak dapat berbuat apa2, dan hanya mampu melihat. Bagi mereka Mustafa Kamal adalah bapa pemodenan Turki ! Lihatlah, betapa liciknya GF ini...

Khalifah terakhir, Sultan Abdul Hamed II diusir keluar dari istana oleh Mustafa Kamal Ataturk.
Selepas Kejatuhan Khalifah

Negara2 Islam yang dahulunya bernaung di bawah satu pemerintahan Khalifah dipisah-pisahkan oleh penjajah barat lalu terbentuklah negara2 Arab hari ini. Sekularisme semakin mendapat tempat di hati negara2 Islam termasuklah Malaysia. Pengasingan antara Mahkamah Syariah dan Sivil, antara sekolah sains dan agama dan tugas sultan sebagai ketua agama manakala perdana menteri sebagai petua pemerintah antara sekularisme yang  dulu kita anggap sebagai sistem yang paling sistematik. 

GF HARI INI

Sewaktu Tanah Melayu dijajah dahulu, agenda mereka yang sebenar bukanlah kerana rempah ratus, bijih timah, emas dll seperti yang kita pelajari suatu ketika sewaktu PMR dan SPM tetapi GOSPEL lah yang mereka cari ! Mereka ingin menjauhkan kita dari Islam dan al-Quran disamping menyebarkan Kristian. 

Kita telah diberi kemerdekaan secara lahiriah tapi hakikatnya pemikiran kita masih dijajah ! Anak-anak golongan bangsawan dididik di sekolah2 khas sewaktu penjajahan British, mereka kemudian dihantar ke British untuk mempelajari ilmu ekonomi, politik, perundangan dan sistem pentadbiran negara2 barat supaya apabila mereka balik kelak, mereka akan jadi pemimpin dan ilmu2 ini dapat diimplimentasikan di Tanah Melayu dan inilah yang berlaku di Malaysia hari ini !

Meskipun GF telah berjaya meruntuhkan Kerajaan Islam yang suatu ketika dahulu pernah menguasai 2/3 dunia, GF tidak terhenti setakat itu dan masih dilancarkan hingga ke hari ini, cuma kita yang seakan-akan sudah lali dengan GF yang menjadi cara hidup kita. GF pada hari ini bertujuan untuk memastikan generasi2 Islam, anak-anak muda Islam seperti aku terus jauh hanyut kerana mereka tahu al-Quran itu sentiasa ada sehingga ke akhir zaman dan apa yang mereka boleh pastikan ialah kita sentiasa jauh dengan al-Quran. Lihatlah kita pada hari ini, al-Quran sekadar dibaca pada malam Jumaat, selepas Maghrib, program2 Islamik, dibaca untuk mendapat pahala (tu pun kalau baca) sedangkan tujuan utama al-Quran diturunkan untuk difahami, dihayati, diamalkan dan sebagai panduan hidup ! Lihatlah, betapa berkesannya GF ini tanpa kita sedari...

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda:

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 

(HR. Abu Daud )

Saudara-saudaraku, 

Aku kira saat yang Nabi maksudkan sudahpun tiba, dan kitalah umat yang Nabi umpamakan buih di lautan itu. Penyakit wahan = cintakan dunia, takutkan mati menjadi  masalah umat Islam kita pada hari ini. Kita sibuk bekerja mencari duit, untuk membeli itu, membeli ini untuk memenuhi kehendak peribadi. Orang2 kafir pula sibuk menghasilkan produk2 terikini lagi canggih seperti Ipad 3, PSVita, Samsung Galaxy, Universal Studios dll supaya kita terus leka, kumpul duit untuk membeli produk2 mereka. Lalu kita pun rasa, "Oh, indahnya dunia !" . Kita seolah-olah lupa akan saudara2 kita yang kelaparan, tidak punya tempat berteduh di luar sana. Kita semakin hanyut dengan dunia yang sementara dan hilang rasa ingin berjihad kerana bercambahnya rasa takutkan mati. Inilah kesan Ghazwul Fikr yang kita terlepas pandang. Tidakkah kita berasa risau ?

Agenda2 GF disebarkan untuk merosakkan akhlak umat Islam, menghancurkan kefahaman Islam dalam diri kita tanpa kita sedari. Kita disogok dengan cara barat yang kononnya lebih bertamadun. Perundangan barat, sistem pentadbiran barat menjadi contoh membina negara Islam. Apakah mungkin ?? GF melarutkan keperibadian Islam yang murni supaya sebati dengan keperibadian jahiliyyah sehingga kita tidak dapat bezakan yang mana satu Islam yang mana satu bukan Islam kerana punya ciri2 yang sama. Orang Islam tak pakai tudung, orang kafir juga tak pakai tudung. Orang bukan Islam berpegangan tangan antara bukan muhrim, orang Islam pun sama. Orang bukan Islam berjudi, ambil riba', minum arak, begitu juga orang Islam. Dimanakah letaknya perbezaan kita dengan bukan Islam ? tak kan berbeza dari syahadah sahaja ? 
  
Media menjadi senjata utama penyebaran agenda2 GF tanpa kita sedari. Kita sering disajikan dengan program2 dan bahan2 yang mempengaruhi pemikiran kita supaya lebih jauh dari Islam. Song, sex, sport, smoke, fun, fesyen, food, female, movie, video games menjadi tema utama penyebaran GF. Semua yang disajikan media kita sangkakan suatu yang elok untuk diamalkan tapi hakikatnya ia bercanggah dengan fikrah Islam ! Lihat sahaja kebanyakkan artis2  di Malaysia. Maafkan aku bercakap, kerana merekalah penyebar GF paling utama kepada generasi2 muda kita...

PERANAN KITA

Firman Allah s.w.t:

"Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar (haq) dan yang salah (batil). Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan." (13:17)


Dalam ayat diatas, Allah s.w.t Allah memberi perumpamaan haq itu umpama hujan atau banjir manakala kebatilan itu umpama buih kerana sifatnya yang tidak berkekekalan. Banjir atau hujan ini akan menghapuskan, melenyapkan, menghanyutkan buih2 tadi dan begitu jugalah haq yang akan menghapuskan kebatilan.  

Sesungguhnya yang haq dan batil takkan dapat berdiri bersama sebagaimana Islam dan jahiliyyah tidak mungkin bercampur aduk. Bersamalah kita dengan yang Haq itu ! Jika sebelum ini kita tidak tahu, dilema hendak memilih yang mana antara Haq atau batil, antara Islam atau jahiliyyah, maka hari ini pilihlah  haq ! pilihlah Islam ! bukankah Allah telah berpesan supaya kita tidak mencampur adukkan antara yang haq dan yang batil sedangkan kita mengetahui yang mana satu yang haq dan yang mana satu bati (2:42) ?

Rapatkanlah diri kita dengan sunnah dan al-Quran yang sudah sekian lama hanya menjadi adat kita. Bacalah terjemahan al-Quran sekurang2nya satu muka surat sehari. Hayatilah ayat demi ayat yang kita bacai, amalkan lah apa yang kita bacai, bukan sekadar membaca untuk mendapat pahala dan ketenangan sahaja. 

Dalam kitab al-Muntalaq ada mengatakan: 

"jahiliyyah itu membuat orang merasa kagum akan sistem jahiliyyah, umpama kanak-kanak melihat permainan dan pakaian yang berwarna-warni ."

Ya, bersamalah kita jauhi jahiliyyah yang lahir dari GF yang berleluasa, seperti yang telah dibincangkan dalam entri yang ke-12 dan 13.

 Saidina Ali r.a pernah berkata:

" kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh oleh kebatilan yang tersusun "

Lihatlah betapa tersusunnya dan liciknya strategi orang2 kafir untuk menyesatkan kita. Dan untuk kita mengalahkan mereka semestinya kita memerlukan strategi yang lebih teratur !

Perasankah kita, sistem yang teratur ini telah pun diajar Nabi s.a.w sebaik sahaja Baginda menerima seruan dakwah. Sistem yang dimaksudkan ialah sistem usrah. Usrah cumalah satu terminologi yang kita gunakan pada hari ini namun hakikatnya ia punya sistem yang paling mirip dengan dakwah Nabi suatu ketika dahulu. Sebaik sahaja Baginda menerima seruan dakwah, Baginda mengumpulkan saudara2 terdekat serta sahabat2 baik Baginda di rumah Al-Arqam bin Abi Arqam untuk berusrah buat kali pertama. Dengan usrah, Nabi berjaya mendidik sahabat2 yang hebat seperti Abu bakar, Umar, Ali, Usman, Mus'ab, Abu Ubaidah dan lain2 lagi. Dengan usrah jugalah Islam tersebar di 2/3 dunia. Yakinlah, sertailah kami dalam usrah, sertailah kami berjihad menentang kebatilan dan GF !

ISLAM PASTI MENANG ! 
dan Yahudi dan Nasrani tak akan pernah redha kepada kita

Kalau kita ni penyokong fanatik Mancahester United (MU), mesti kita sanggup buat apa sahaja nak tengok match MU secara live, sanggup beli jersi MU mahal2 untuk setiap season, tampal poster2 MU keliling bilik. Pendek kata, kalau kita sayangkan sesuatu, mesti kita sanggup lakukan apa sahaja demi benda itu...

Tanya diri kita, adakah kita sayangkan Islam ?? Jika ya, sebagai seorang Islam wajib bagi kita untuk bercita-cita melihat sistem yang paling agung dalam dunia iaitu sistem Khalifah untuk berdiri kembali ! dan jika sayangkan Islam, wajib bagi kita berjuang meninggalkan GF dan jahiliyyah dalam diri kita !

Saudara-saudaraku,

Zaman sekarang agak mustahil bagi kita berjihad dengan mata pedang seperti Nabi dan sahabat2 suatu ketika dahulu. Zaman sekarang adalah zaman berjihad untuk menghapuskan GF dan jahilyyah dalam diri kita ! Tegakkan Islam dalam diri kita kerana sesungguhnya negara Islam paling kecil adalah didalam diri setiap muslim itu sendiri. 

Aku mengaku aku juga pernah hanyut dengan GF. Aku gemar bermain video games FIFA soccer, aku kaki movie tapi aku sudahpun delete FIFA dari laptop aku, dan aku telahpun buang DVD2 movie di rumah aku. Sertailah aku, buanglah semangat nasionalisme, tinggalkanlah komik2, movie2 merepek, lagu2 merepek, drama2 korea, Kpop,video games dll yang melekakan kita demi Islam yang tercinta. Aku tahu sukar untuk membuang GF dalam diri kita, tapi berjihadlah membuangnya jika kita sayangkan Islam dan jika syurga menjadi matlamat utama kita...

Firman Allah s.w.t:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)" (2:120)


Sesungguhnya, yahudi, nasrani (kristian) dan syaitan tidak akan pernah redha kepada kita selagi mana kita berpegang kuat kepada Islam, al-Quran, dan sunnah dan selagi kita tidak mengikut jejak langkah mereka yang sesat. Apakah kata syaitan apabila kita telah mengikut telunjuk hasutannya ?

Firman Allah s.wt:

" (Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika dia berkata kepada manusia: Berlaku kufurlah engkau! Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam! " (59:16)

Ya, mereka akan berlepas tangan terhadap hasutan2 mereka !

Dr. Hafidzi, pengerusi Aqsa Syarif pernah berkata sewaktu Muktamar 2010 di St. Louis, Missouri, USA:

"kemenangan Islam itu lebih pasti daripada terbitnya matahari esok pagi !"

dan kitab al-Muntalaq juga pernah menyebut:

"kejatuhan Islam pada hari ini hanyalah sementara umpama gerhana dan dakwah itu umpama Matahari. Tanpa dakwah, manusia akan pincang sebagaimana Bumi akan pincang tanpa Matahari"

Saudara-saudaraku, 

Yakinlah ! Islam akan menang kembali suati hari nanti ! kerana ini adalah janji Allah. Bersamalah kita berjihad menyumbang kepada kejayaan Islam dan usahlah kita hanya menjadi orang yang duduk berdiam menanti orang lain yang memenangkan Islam, kerana orang yang berjihad itu lebih tinggi darjatnya disisi Allah seperti dalam Firman Allah s.w.t:

"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar. " (4:95)

INDAHNYA UKHWAH ISLAM

Ikhwah sewaktu hiking mendaki Mount Le Conte
Sesungguhnya persaudaraan Islam itu amatlah indah. Jika kita rasa gembira bila keluar dengan kawan2 pergi berkelah, pergi tengok wayang, pergi main bola, pergi melepak-lepak, pergi jalan2 sekitar bandar, makan2 bersama, persaudaraan dalam Islam itu 1000x lebih menyeronokkan. Kita tidak perlu pun mengenali antara satu sama lain untuk merasa keindahan ini, asalkan kita sesama Islam dan bersama berjuang demi agama Allah. Inilah yang kami rasakan, dari 7 buah universiti berbeza dari eastern region of  USA. Sebilangan besar antara kami tidak pernah mengenali pun sebelum ini tetapi selepas 3 hari kami berprogram bersama, beriadah bersama, berhiking bersama, mengingati Allah bersama, terasa seperti sudah 3 tahun kami saling mengenali dan amat meruntun perasaan saat kami ingin berpisah pulang ke universiti masing2.

ikhwah bermain baling selipar bersama
Mungkin persaudaraan seperti inilah yang Nabi dan para sahabat rasakan sewaktu mereka berjuang menegakkan Islam suatu ketika dahulu. Dan mungkin persaudaraan inilah yang Nabi s.a.w sebutkan dalam sabda Baginda, (Hadis Qudsi) mafhumnya: 

”Sesungguhnya dari kalangan hamba2 Allah ada segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah.

Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri2 mereka?


Rasulullah bersabda: “Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesunguhnya muka2 mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.”

Sauadara-saudaraku,

Persaudaraan seperti inilah yang kita perlukan dalam jihad mengembalikan kegemilangan Islam dan aku yakin persaudaraan seperti ini dapat kita nikmati melalui usrah kerana lahirnya para sahabat Nabi yang hebat2 belaka adalah kerana tarbiyyah Nabi melalui usrah. Bangkitlah kita berjihad melawan GF dan jahiliyyah dalam diri kita. Saudara2 salinglah ingat-mengingati dan usahlah menjadi orang yang duduk berdiam, menanti kemenangan Islam umpama menanti durian gugur. Jom kawan2, kita berjihad bersama !

Sekian, wallhua'alam -ahza-

               Black Bear Ridge Resort Cabins 
bengkel GF dalam kumpulan







        
p/s: seramai kira2 50 ikhwah dari Vanderbilt Uni., Rochester Ins. of Tech, Pennsylvania State Uni., Temple Uni., Uni. of Virginia, Uni. of Toledo dan Michigan State Uni. telah berkumpul di Black Bear Rigde Resort Cabin, Smokey Mountains, Tennesee untuk pengisian isu Ghazwul Fikr dari 5-8 Mac 2012 disamping berhiking bersama mendaki Mount Le Conte, bersama memperingati Allah dan merapatkan ukhwah antara satu sama lain. Aku minta maaf jika perkongsian aku kali ini ada menyinggung hati mana2 pihak. Terimalah dengan hati yang terbuka, kerana inilah hakikatnya, penyakit umat semakin tenat ! Bangkitlah saudara2 ku, jom bangkit bersama !

fun or peace ?

(written on Friday, March 16, 2012)

Assalamualaikum w.b.t

hakikat dunia

Sedang aku berwudu' untuk menunaikan solat Maghrib tempoh hari, seorang American, lelaki, menegur aku. Roger namanya (kalau tak silap), floormate aku...

Roger: hey man, are you gonna pray ?

Hakim: yup...

Roger: five times a day right ?

Hakim: yup...

Roger: do you curse (mencarut) ?

Hakim: nope...

Roger: what about smoking, taking drugs, drinking alcohol ? 

Hakim: err, nope...

Roger: you are not allowed (by Islamic rule) to do these or it's just you don't wanna do it ? 

Hakim: surely both...

ketika ini aku hanya memberi jawapan2 pendek kerana aku ingin mengurangkan perbualan, kerana risau memakruhkan wudu' aku. Kemudian Roger bertanya lagi...

Roger: do your parents (Muslims' parents) get angry when you do these stuffs ? and once you have grown up, can you choose your own way (liberalism) ? will there be any kind of rebellion ?

perbualan menjadi semakin serius, aku pun menutup paip, berhenti mengambil wudu' lalu menjawab...

Hakim: as a Muslim, we have been tought about Islam since our very young age by our parents and the community. I don't think rebellion, parents anger and choosing your own way would be an issue for a grown up muslim if he or she has a very well understanding about Islam. And of course, these issues would arise for a person who doesn't understand Islam thoroughly...

Roger: can you guys (the Muslims) have sex ?

Hakim: yes we can ! but we have to get married first, haha

Roger: oh it sukcs man... what if you see some really hot, cute chicks ? don't you feel 'something' ?

Hakim: that would not be a serious problem, because our prophet and Islam have taught us really really effective ways to control such desire...

Roger: hey, don't you feel bored by not doing these stuffs ? I have sex plenty of times before, and I had great fun with it...

Hakim: when we are doing something, it's about what we will bring to our life after death, either sin or deed and which one we want to enter, either hell or heaven...

Roger: yeah I know that, but life is short man, enjoy it while you can !

Hakim: but that joyfulness is only temporary. It's not about getting fun, it's about getting peace...

Roger: yeah you can have peace by having fun ...

Hakim:  no you can't ! fun and peace are not the same, they are two separate things. fun is something you feel physically but peace is something you feel in your heart...

Roger terdiam, dia menyentuh dadanya, dimana hatinya terletak. Dia merenung kearah dadanya yang ditelapakkannya itu. suasana senyap seketika... kemudian dia bertanya lagi

Roger: do you know what can Jews and Christians do to gain peace ?

Hakim: I'm really sorry man, I don't really know about Jews and Christian. But I'm sure that every religion is about getting peace in the world and hereafter.

Roger: Thanks a lot man. I'm just curious. I really appreciate it.

Hakim: haha,not a problem at all. you're welcome.

Aku pun mengambil wudu' semula sehingga habis...

ISLAM ITU KESEJAHTERAAN

Saudara-saudaraku,

Islam mengajar kita meraih keseronokan dan kegembiraan melalui ketenangan, bukan meraih ketenangan melalui keseronokan. Seseorang mungkin rasa seronok dengan menghadiri konsert2, parti2, kelab2 malam, mereka melompat2, ketawa terbahak, menjerit2 mengekspresikan kegembiraan mereka tapi tidak mungkin hati mereka tenang, bahkan semakin gelap dengan noda dan dosa. Islam mengajar umat2nya untuk meraih ketenangan jika berasa gusar melalui firmanNya,

" (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram " (13:28)

Perkataan Islam sendiri berasal dari perkataan arab, Salaam yang bermakna sejahtera. Kesejahteraan yang dibawa Islam bukan sahaja memelihara penganut2nya, bahkan seluruh penduduk berlainan agama yang berada dibawah naungannya. Lihatlah sewaktu zaman pemerintahan Nabi di Madinah, penduduk2 bukan Islam dipelihara kebajikan mereka serta dijamin keselamatan , begitu juga negara2 bukan Islam yang memohon perlindungan Madinah dengan syarat, apabila sampai seruan berperang untuk mempertahankan Madinah, mereka perlu turut serta. 

Begitulah indahya Islam, agama yang menjanjikan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan rohani dan jasmani.  Kita tidak perlu mencari kegembiraan itu, kerana kegembiraan itu akan datang dengan sendirinya sebaik sahaja kita meraih ketenangan dengan melakukan perkara2 yang memperingati Allah. Jika kita masih rasa seronok dan gembira dengan perkara2 yang melalaikan, berwaspada dan bermuhasabahlah, kerana there's something wrong with our heart....

Aku akhiri perkongsian kali ini dengan beberapa ungkapan dari Imam Syafie (mafhumnya) beberapa ketika sebelum beliau meninggal dunia. Semoga ia memberi pedoman kita bersama...

" Kawallah nafsu sebelum nafsu mengawal kamu, gunakanlah masa sebaik mungkin sebelum masa mempergunakan kamu " - Imam Syafie

Sekian, wallhua'lam  -ahza-

Belajar erti perjuangan dari Avatar !

(written somewhere in May, 2012)



Pagi tadi saya berkesempatan menonton filem epik penuh mesej, Avatar. Sudah lama sebenarnya filem ini keluar di pasaran, cuma baru pagi tadi saya bersempatan menontonnya sewaktu kuliah sebagai bahan kajian Religious Studies and Natural Science. Sebelum ini telah banyak saya dengar positive reviews mengenai filem ini dan hari ini saya mengakui, this movie is worth more than a movie !

Tujuan saya berkongsi mengenai filem ini bukanlah untuk memberi kritikan mahupun memuji kehebatan filem ini, tetapi ingin mengajak kawan-kawan belajar erti sebuah perjuangan yang ditonjolkan dari filem ini dalam konteks jihad menegakkan Islam.

Avatar merupakan sebuah filem sains fiksyen yang berkisarkanperjuangan kaum Na'vi, penduduk asal planet Pandora untuk mempertahankan hak mereka daripada dicabuli, dimusnahkan dan dirampas oleh manusia yang datang dari Bumi untuk mencari Unobtanium, sejenis mineral berharga yang banyak terdapat di Pandora, khususnya di kawasan kediaman Kaum Na'vi. Jack Sully, seorang manusia yang dihantar dalam bentuk avatar untuk belajar cara hidup Kaum Na'vi untuk menyampaikan mesej dan membuat rundingan dengan Kaum Na'vi supaya meninggalkan penempatan mereka. Jika mereka enggan, penempatan mereka akan dirampas melalui keganasan...

Kaum Na'vi teguh dengan pendirian mereka untuk tidak berganjak dari penempatan mereka ! Bagi mereka, kawasan itu merupakan tempat suci kepada tuhan yang mereka sembah, Eywa. Maka tercetuslah peperangan antara manusia yang mempunyai kelengkapan perang yang serba canggih dengan Kaum Na'vi yang serba kekurangan. Namun, yang haq sudah tentu pasti menang ! dan itulah yang berlaku. Akhirnya setelah peperangan yang dahsyat itu berakhir dan berpihak kepada Kaum Na'vi, manusia diusir pulang ke Bumi...

Saudara-saudaraku,

Apa kena mengena Filem ini dengan perjuangan kita menengakkan Islam ? Pasti ramai yang tertanya-tanya bukan ?

BERSATU HATI

Pertama, setelah Hometree, penempatan Kaum Na'vi diserang buat kali pertama dan ramai yang terkorban, mereka mengatur kembali strategi. Seluruh Kaum Na'vi dari seluruh Planet Pandora dari penempatan-penempatan yang berbeza, bergabung, bersatu hati, membina tentera yang ramai untuk menentang manusia !

Cuba kita lihat keadaan umat kita hari ini, sedang saudara-saudara kita di Palestin, Syria disakiti, ditindas, dizalimi di Bumi sendiri, apa yang kita telah lakukan untuk membantu mereka ? Jangan kata hendak bersatu hati berjihad, berperang bersama mereka, hendak memboikot produk-produk Israel ataupun duduk 5 minit selepas solat untuk mendoakan kesejahteraan mereka pun susah !

Bilangan umat Islam seluruh dunia jika digabungkan sudah tentu berkali ganda lagi ramai dari tentera Israel tetapi mengapa kita tidak mampu bersatu hati membantu saudara kita ? Benarlah kata Nabi s.a.w dalam hadithnya, yang ramainya kita hari ini umpama buih dilautan, meskipun ramai tetapi rapuh seperti buih kerana kita dilamun penyakit wahan. Dan apabila ditanya oleh sahabat apakah penyakit wahan itu, Nabi menjawab, ' CINTAKAN DUNIA, TAKUTKAN MATI' . Jom kita lihat hidup kita hari ini, sibuk nak Ipad 3, Blackberry, nak pergi konsert, nak pergi taman tema, nak Samsung Galaxy, nak itu, nak ini... maka semakin bertautlah rasa cinta kita pada dunia, dan semakin lupalah kita tentang kematian, hari akhirat serta saudara-saudara yang memerlukan bantuan kita. nauzubillah.

Jika hari ini penduduk Palestin ditanya ' apakah yang boleh kami lakukan untuk membantu kamu ? ' sudah tentu mereka tidak mengharapkan kita berperang bersama mereka tapi apa yag mereka jawabkan ialah ' usahlah kamu risaukan kami di sini, pulanglah kamu ke tempat kamu dan tegakkan Islam di tempat kamu ! ' Subhanallah... Inilah yang menjadi masalah  kita hari ini, manakah kita letak Islam dalam diri kita hari ini ? Cuma sekadar di kad pengenalan atau sebagai ad-deen (cara hidup) ? Anda punya jawapannya...

NASRULLAH

Kedua, saat hati mereka telah bersatu dan mereka hendak keluar berjuang, Kaum Na'vi berdoa kepada Eywa, tuhan mereka supaya membantu perjuangan mereka. Dan saat mereka hampir tewas, doa mereka dimakbulkan. Seluruh penghuni hutan, haiwan-haiwan turun menbantu mereka menentang musuh sehingga mereka mengecap kemenangan.

Dalam konteks Islam, inilah yang kita panggil Nasrullah (pertolongan Allah). Masihkah kita ingat peristiwa Perang Badar ? Dimana ketika inilah 300 kaum muslimin dengan senjata seadanya, 2 kuda dan 70 unta berhadapan dengan 1000 kaum kafir Quraisy dengan 600 pakaian perang, 100 kuda, dan 700 unta.  Dalam keadaan tentera Islam yang serba kekurangan, Nabi berdoa mengharapkan pertolongan Allah:

" Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah ?” (lalu Allah menjawab) Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat " (2:214)

Doa Nabi s.a.w dijawab oleh Allah s.w.t melalui firmanNya:

” (Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut” (8:9)

” Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (8:17)

Berkat pertolongan Allah inilah Islam menang menentang kaum kafir Quraisy ! Allahuakbar...

Saudara-saudaraku,

Nasrullah tidak datang hanya dengan berdoa. Nasrullah datang setelah hati umat Islam keseluruhannya telah bersatu ! Disaat Islam tertegak dengan utuhnya dalam diri setiap umat Islam ! Jika hari ini kta keluar berjuang, belum tentu Allah akan bersama kita kerana hati kita masih bercerai berai, sibuk dengan hal masing-masing. Umat Islam di sebelah sini dengan halnya, manakala sebelah sini pula, dengan halnya sendiri, terpisah dengan dengan kandang-kandang perkauman, bukannya bersatu atas dasar Islam. Tidak mahukah kita lihat Islam kembali menjadi Ustaziyatul Alam seperti suatu ketika dahulu ? Meskipun sukar, misi ini bukan mustahil ! Yakinlah akan Nasrullah !

Sabda Nabi s.a.w:

" Bandingan orang-orang mukmin sesama mereka dalam berkasih sayang, hormat menghormati dan saling bersimpati dan saling bersimpati di antara mereka adalah seperti tubuh yang satu. Apabila satu anggota tubuhnya mengadu sakit maka semua anggota tubuh itu turut merasa sakit dengan berjaga malam (tak tidur) dan demam " (HR Bukhari dan Muslim)

Umat Islam itu sepatutnya umpama anggota tubuh antara satu sama lain, seperti hadith di atas. Justeru, marilah saudara-saudaraku, kita ambil peduli ummah kita hari ini, ambil peduli keadaan saudara-saudara kita di Palestin, Syria dan di mana sahaja mereka ditindas dan dizalimi. Lakukanlah apa yang kita terdaya meskipun hanya dengan memboikot dan berdoa ! Yakinlah, di akhirat nanti Allah akan bertanya, " apakah yang telah kamu lakukan untuk membantu saudaramu ? "

Avatar mengingatkan saya apa diperlukan untuk memenangkan Islam dan kembali menjadikan Islam sebagai Ustaziyatul Alam, iaitu dengan bersatu hati beserta dengan Nasrullah. Saya harap anda juga berasa demikian. Bersamalah kita menegakkan Islam dalam diri kita kerana sekecil-kecil negara Islam itu terletak dalam diri kita sendiri !

sekian, wallahua'lam -ahza-

Bersangka baiklah wahai hati

(written somewhere in May, 2012)



Assalamualaikum w.b.t

Bersangka Baik Sesama Manusia

Salah satu dari penyakit-penyakit hati yang sering dihidapi umat masa kini ialah... bersangka buruk. Betapa jahilnya hati kita jika gemar membuat andaian yang kita sendiri tidak tahu benar atau tidak hanya dengan melihat secara kasar sesuatu perkara tanpa menyelidik perkara sebenarnya. Contohnya...

"Eh, si Kamal tak datang kelas pagi ni, pontenglah tu", sedangkan Kamal sakit pagi tu. "Jahat betul budak ni, mesti mak ayah dia tak pandai didik nih", sedangkan mak ayah dia sudah lama meninggal.
"Aku tak pernah nampak Aziz bangun solat subuh, dia ni memang tak solat agaknya", sedangkan mungkin Aziz perlukan bantuan kawan untuk mengejutnya bangun Subuh. Dan pelbagai lagi situasi di mana kita membuat andaian yang tidak baik terhadap orang-orang di sekeliling kita.

Allah itu Maha Adil dan Islam juga mengajar kita supaya sentiasa adil dan konsep inilah yang sepatutnya menjadi neraca kita dalam membuat pertimbangan setiap hari. Semestinya kita tidak ingin disakiti, dikhianati mahupun diperlakukan tidak baik oleh orang lain, begitulah juga orang-orang di sekeliling kita harap kita lakukan terhadap mereka. Justeru, semestinya kita ingin sentiasa disangka baik oleh orang-orang disekeliling kita ! Dan semestinya, kita terlebih dahulu perlu sentiasa berbaik sangka terhadap mereka.

Allah juga berfirman dalam Surah al-Hujurat tentang larangan berprasangka buruk:

"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kalian banyak dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Apakah antara kamu ada yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang" (49:12)

Syeikh Abdul Qadir Al-jailani pernah berpesan kepada kita supaya sentiasa bersangka baik dengan sesiapa yang kita ketemui:

i) jika engkau bertemu seseorang, yakinilah dia lebih baik darimu, ucapkanlah dalam hatimu "mungkin kedudukannya disisi Allah lebih tinggi dan lebih baik dariku".

ii) jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu "anak ini belum bermaksiat kepada Allah,sedangkan diriku ini telah banyak bermaksiat kepada Allah, mungkin dia lebih jauh baik dariku".

iii) jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu "dia telah beribadah lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku".

iv) jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu "orang ini memperolehi kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak pernah kuketahui dan mengamalkan ilmunya, tentu dia kebih baik dariku"

v) jika bertemu orang yang bermaksiat, maka katakanlah dalam hatimu "orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia tidak tahu, sedangkan aku bermaksiat kepadaNya, padahal aku mengetahui akibatnya,dan aku tidak tahu akhir umurku dan umurnya kelak, dia tentu lebih baik dariku"

vi) jika bertemu orang kafir, maka ucapkanlah dalam hatimu "aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh dan boleh jadi di akhir usiaku, aku kufur dan berbuat kejahatan. ( na'uzubillahi min zalik)

Saudara-saudaraku,

Berita yang buruk tentang yang sampai kepada kita melalui khabar angin, perlulah kita selidik terlebih dahulu dan usahlah membuat andaian membuta tuli. Dan sekiranya perkara buruk itu sesuatu yang benar, usahlah sebarkannya kerana tidak elok menyebarkan aib orang lain. 

Pesan Allah s.w.t:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”  (49:6)

dan Nabi s.a.w juga pernah bersabda:

"Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR. Bukhari & Muslim).

Bersangka Baik Terhadap Allah

Selain sesama manusia, Islam juga menganjurkan kita bersangka baik kepada Allah. Jika kita tidak mendapat apa yang kita doakan, yakinlah bahawa Allah telah menyediakan seuatu yang lebih baik daripada apa yang kita pinta bukan kerana Allah tidak mendengar doa kita. Sekiranya kita kerap ditimpa musibah, yakinlah bahawa Allah ingin meneguhkan iman kita dan mengampuni dosa-dosa kita, bukan kerana Allah tidak sayangkan kita.

Didiklah hati kita supaya sentiasa bersangka baik terhadap Allah diatas segala kurniaanNya kepada kita sama ada rahmah ataupun musibah kerana Nabi s.a.w bersabda dalam satu Hadis Qudsi:

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
Allah s.w.t berfirman( hadith Qudsi):

"Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak."

Saudara-saudaraku,

Kita hanyalah manusia biasa, serba kekurangan, serba tidak tahu dan Allahlah yang Maha Mengetahui. Justeru, marilah kita perbaiki hati kita, jauhkan sifat-sifat bersangka buruk kerana kita tidak tahu apa sebenarnya yang saudara kita alami. Berkemungkinan saudara kita itu amat memerlukan bantuan kita. Gerakkanlah anggota untuk menyelidik, bertanya dan menghulurkan bantuan sekiranya perlu. Panjatkanlah doa kepada Allah setiap hari dengan bersangka baik kepadaNya. Pejamkanlah mata, telapakkalah tangan di dada, berkatalah kepada hati kita, " Bersangka baiklah wahai hati" .

Sekian, wallahua'lam  -ahza-

dari Mutarabbi ke Murabbi

(written somewhere in July, 2012)

Assalamualaikum w.b.t

Telah kira2 3 tahun aku berada di jalan dakwah dan tarbiyyah, menjadi Mutarabbi (anak murid) kepada  Murabbi-Murabbi (guru) yang awesome...

Teringat aku pesan Akh Rashdan dari University of Manchester, UK sewaktu Summer Training Camp '12 yang lalu. Katanya, by default , produk2 tarbiyyah dari  oversea seharusnya kena bawak at least 2 usrah sekembalinya ke tanah air kelak. Aku tercengang seketika... kerana jelas aku masih belum bersedia untuk itu

Semangatku berkobar-kobar untuk terus menyebarkan fikrahNya kepada incoming freshman ke Vanderbilt melalui jalan dakwah dan tarbiyyah, laksana semangat Tariq  Bin Ziyad ingin membuka Andalusia (Sepanyol hari ini), juga umpama semangat Muhammad al-Fateh ingin membuka Constantinople (Istanbul hari ini)...

Tetapi aku sedar aku tidak layak untuk menjadi seorang Murabbi. Jahiliyyah masih bersarang lebat dalam diriku. Semangat sahaja tidak cukup untuk menjadi seorang Daie (penyeru) bahkan ilmu dan amal perlulah mantap !

Justeru, Summer Holiday 3 bulan lebih ini aku lebih banyak mentarbiyyahkan diri, cuba memantapkan mutabaah amal peribadi, mentarbiyyah dzatiyyahkan diri, memperbanyakkan bahan bacaan yang membina serta menambah ilmu tentang fikrahNya, lebihkan mentadabbur surat2 cintaNya dan berehat seketika dari menulis...

Sesungguhnya aku sedang berusaha untuk mempersiapkan untuk menjadi seorang Murabbi seawesome Murabbi-Murabbiku yang lalu walaupun aku sedar masih banyak yang perlu aku perbaiki agar aku mampu melahirkan lebih banyak Murabbi-Murabbi yang awesome sebagai penyambung legasi dakwah Murabbi kita yang paling awesome sepanjang zaman, Nabi Muhammad SAW.

Sekembalinya aku untuk menulis setelah 2 bulan berehat dari sebarang penulisan, websiteku yang baru je siap tempoh hari gagal diakses masuk, kerana aku terlupa password (gelak + menangis sekejap). Lalu aku membuat keputusan untuk unistallnya dari domain aku. In other words, the website is no longer exist. Yup, indeed I am sad, but there's hikmah behind this...

Fikiran aku berlegar jauh dibuai kesedihan, membuat aku teringat kata-kata as-Syahid Imam Hassan al-Banna:


"aku tiada masa untuk menulis buku, kerana aku terlalu sibuk menulis manusia !"


mungkin inilah hikmahnya, aku wajar kurangkan menulis kerana usaha memperbetulkan fikrah manusia dari Murabbi ke Mutarrabi melalui usrah itu lebih berkesan dari menulis...

Justeru, aku akan jarang menulis di sini, kerana menulis manusia-manusia yang awesome itu lebih utama, Namun aku masih akan menulis kecil-kecilan di sini: http://tafaqqahufiddeen.blogspot.com/. Biarpun pendek apa yang aku tuliskan, semoga ia memberi kesan yang mendalam kepada sesiapa yang membaca

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, permudahkanlah aku untuk terus menyebarkan fikrahMu !

sekian, walhua'lam -ahza-

No comments:

Post a Comment