Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

Sunday, September 7, 2014

Harapan Buat Pendosa


It has been a while since the last time I wrote, agak dah bersawang blog ni… takpe biar blog yang bersawang, asalkan jangan iman yang bersawang…

Gambar hiasan... hehehe
3 bulan lebih aku menghabiskan masa di kampung halaman kelahiran aku, lepak2 bersama kawan2 kampung yang aku kenal sejak kecil, main takraw, futsal bersama… dulu aku bukan macam tu, dulu aku lebih suka duduk rumah,  cuma sejak balik selepas 4 tahun di perantauan ni aku lebih suka bergaul dengan mereka… bukan sebab aku kesunyian or etc, tapi sebab aku ingin mendalami kerangka pemikiran mereka…

Antara konklusi yang paling ketara aku dapat pelajari, ramai manusia pelaku maksiat di luar sana yang jauh di dalam hati mereka ingin bertaubat, ingin berubah menjadi lebih baik, cuma mereka tiada motivasi, tiada orang yang datang membantu mereka… saat mereka rasa mereka hampir lemas dengan dosa, tiada orang yang datang menghulurkan tangan… saat manusia2 soleh tanpa dosa yang nyata di sekeliling mereka, melabel mereka sebagai pendosa, ahli neraka, manusia yang dimurkai Allah, mereka rasa hilang harapan untuk hidup sebagai orang baik,rasa  hilang harapan dan putus asa untuk meraih rahmat Allah, untuk masuk syurga Allah…

Aku yakin, setiap manusia tak kira apa jua agama di dunia ini, tak kira dia penjenayah, ahli maksiat ataupun pendosa, apabila ditanya inginkah kamu masuk syurga? Kompem mereka menjawab ya… cuma mereka tak mampu menterjemahkan keinginan mereka itu kepada perbuatan, cuma ramai antara mereka yang hilang harapan untuk berubah, tiada yang mendekati mereka menyampaikan kepada mereka betapa luasnya rahmat dan keampunan Allah, melampaui kemurkaanNya…
  
Manusia adalah penyampai, bukan penghukum

Kita singkap kembali satu kisah yang masyhur yang berlaku pada zaman Nabi S.A.W, di mana sahabat Nabi, Maiz Bin Malik datang menemui Nabi kerana dia telah berzina dengan isteri orang. Maiz menemui Nabi dan mengaku dia telah melakukan perbuatan yang keji, dia ingin Nabi supaya menjalankan hudud keatasnya (rejam sampai mati) dan menyucikannya… Namun Nabi menyuruhnya pulang dan bertaubat pada Allah tanpa bertanya lanjut tentang perbuatan keji yang dilakukannya itu… Maiz tidak berpuas hati, dia benar2 menyesal dan ingin bertaubat. 4 Kali dia menemui Nabi dan jawapan Nabi tetap sama, pulang dan pohonlah taubat pada Allah…  Di saat itu Nabi masih bersangka baik pada Maiz, Nabi cuba bertanya kepada Maiz, mungkin Maiz tidak sengaja, mungkin Maiz tidak waras ketika itu, mungkin juga Maiz tidak sampai berzina, mungkin Maiz cuma bersentuhan atau bercumbuan… Akhirnya Nabi akur dan mengarahkan Maiz direjam dengan batu… ketika direjam, Maiz melarikan diri kerana sakit namun dikejar sahabat dan direjam sehingga mati… Apabila berita ini sampai kepada Nabi, Nabi berdukacita kerana bagi Baginda adalah lagi baik dibiarkan Maiz melarikan diri, semoga dia benar-benar bertaubat… dan Nabi juga bersabda pada sahabat, adalah lagi baik untuk Maiz merahsiakan dosanya dan memohon taubat pada Allah, daripada dia mengadu pada Baginda. Kemudian Nabi bersabda... “Sesungguhnya Maiz telah bertaubat (ketika datang menemui Rasulullah ketika meletakkan tangannya ke atas tangan baginda SAW) dengan sebanar-benar taubat. Kalaulah dibahagi-bahagikan taubat yang dipinta Mai'z itu kepada semua umat, pasti taubat itu meliputi semua umat.” 

(Ringkasan Hadis Riwayat an-Nasai, Abu Daud dan Hazal daripada Naa’im Ibn Hazal)

Begitulah Nabi junjungan kita memberikan contoh ikutan yang terbaik… Nabi mengajar manusia agar tidak menjadi penghukum kepada pendosa, Nabi sentiasa menyampaikan kepada manusia bahwa rahmat dan keampunan itu maha luas, tidak kira sebesar mana dosa yang kita lakukan, Nabi cuba sedaya upaya untuk tidak menghukum Maiz dan memberinya ruang untuk mohon taubat pada Allah, Nabi masih bersangka baik pada Maiz meskipun Maiz sendiri yang mengaku akan dosanya… Nabi tdak mahu ambil tahu tentang dosa Maiz kerana itu aibnya dan urusannya dengan Allah.

Kita manusia tugas kita menyampaikan, dosa orang lain adalah antara dia dengan Allah. Bukan tugas kita untuk mengorek aib dan dosa orang lain. Indahnya Islam… Islam bukan seperti Kristian, dimana pendosa boleh confess dosanya pada paderi di gereja, buka aibnya kepada paderi itu dan kemudian paderi itu yang memberi hukuman dan keampunan… semudah abc...

Harapan untuk jiwa yang ikhlas

Mari kita ingat kembali hadis pembunuh 99 dan pelacur dengan anjing…

Dari Abu Sa`id Sa`d bin Malik bin Sinan al-Khudri RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya:

“Pada zaman dahulu ada seseorang yang telah membunuh 99 orang.  Kemudian dia mencari-cari orang yang paling `alim di negeri itu maka dia pun ditunjukkan kepada seorang pendeta.  Dia pun lantas datang kepada si pendeta dan menceritakan bahawa dia telah membunuh 99 orang, maka adakah masih boleh diterima taubat.  Lalu pendeta itu mengatakan bahawa taubatnya tidak akan diterima.  Lantas orang itu membunuh si pendeta tadi maka genaplah sudah orang yang dibunuhnya sebanyak 100 orang.
Dia mencari-cari lagi orang yang paling `alim di negeri itu maka dia ditunjukkan kepada seseorang yang sangat `alim.  Kemudian dia menceritakan bahawa dia membunuh 100 orang, maka adakah masih boleh diterima taubatnya.  Orang yang sangat `alim itu menjawab,  “Ya, masih boleh.  Siapakah yang dapat menghalangnya untuk bertaubat?  Pergilah ke daerah sana kerana penduduk daerah sana itu sama menyembah kepada ALLAH Ta`ala, maka sembahlah ALLAH bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali lagi kekampung halamanmu kerana perkampunganmu adalah daerah hitam.”
Maka pergilah orang itu.  Setelah menempuh jarak kira-kira setengah perjalanan maka matilah dia.  Kemudian bertengkarlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab.  Malaikat Rahmat berkata, “Dia telah berangkat untuk benar-benar bertaubat dan menyerahkan dirinya dengan sepenuh hati kepada ALLAH Ta`ala.”  Malaikat Azab pula berkata, “Sesungguhnya dia belum berbuat kebaikan sedikit pun.”
Lantas datanglah seorang Malaikat dalam bentuk manusia, maka kedua-dua Malaikat itu menjadikannya sebagai hakim.  Maka berkatalah Malaikat yang dalam bentuk manusia itu, “Ukurlah olehmu dua daerah itu.  Maka kepada daerah yang lebih dekat itulah ketentuan nasibnya.”
Mereka mengukurnya kemudian mereka mendapati daerah yang dituju itulah yang lebih dekat.  Maka orang itu diambil nyawanya oleh Malaikat Rahmat.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Sekali lagi, hadis ini mengingatkan manusia yang kita manusia bukanlah penghukum. Kita adalah penyampai khabar rahmat dan keampunan Allah kepada manusia lain, sama seperti orang 'alim kedua… siapalah kita untuk melabel manusia sebagai manusia keji atau ahli neraka, atau mengatakan tiada keampunan untuk pendosa itu seperti orang 'alim pertama… kita adalah penyampai, bukan Tuhan untuk menghukum…

Dalam hadis kedua, Nabi s.a.w bersabda:

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” 

(HR Bukhari)

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun… apalah yang hendak dibandingkan besarnya dosa membunuh 100 orang, dengan pahala sekecil pergi ke daerah yang penduduk beriman kepada Allah… apalah yang hendak dibandingkan besarnya dosa melacur dengan pahala memberi anjing minum… tapi Allah itu Maha Pengampun, kita tidak tahu, tapi hanya Allah yang tahu mungkin jauh di hati pembunuh dan pelacur itu ada perasaan yang ikhlas dan bulat2 ingin bertaubat kepada Allah diatas dosa2 besar yang mereka lakukan. Mungkin dihati mereka ada memasang niat, semoga dengan amalku yang kecil ini Allah akan mengampunkan dosa2 besar yang aku lakukan… Jadi disinilah jawapannya, iaitu keikhlasan... buat insan2 pendosa diluar sana, juga buat diriku, tanamkan keikhlasan untuk berubah kerana Allah, nescaya Allah akan mempermudahkan perubahan kita. Jika kita tiada pembimbing, Allah akan datangkan kawan yang baik untuk membimbing kita, jika kita rasa amal baik kita tidak setimpal dengan dosa besar yang kita lakukan, Allah akan lipat gandakan pahala amalan kita walaupun cuma seciput, yang penting ialah nilai keikhlasan…

Pendosa tidak semestinya ke neraka… Orang soleh tak semestinya ke syurga…

Sabda Rasulullah SAW:

"… Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga."

(HR Bukhari dan Muslim)

Dua pengajaran utama daripada hadis ini, iaitu istiqamah dan harapan untuk bertaubat... Buat manusia2 yang saban hari beramal dengan amal kebaikan, menjaga amalan fardhu dan amalan sunat, Alhamdulillah, teruskan sampai ke akhir hayat. Terus istiqamah (berterusan) dalam beramal, jangan pernah puas dengan amalan sendiri kerana kita tak tahu berapa nilai amalan kita di sisi Allah. Jika di akhir hayat manusia soleh ini melakukan maksiat, maka nerakalah tempatnya… Buat pendosa, hadis ini memberikan sinar harapan bahawa sentiasa ada masa untuk bertaubat dan berubah. Tidak kiralah jika sepanjang hidup kita bergelumang dengan dosa, tapi di akhir hayat hadir keikhlasan untuk bertaubat kembali kepada pangkal jalan, insyaAllah syurga tempatnya…

Ingatlah, Allah  menciptakan Syurga dan Neraka kedua-duanya untuk pendosa… Syurga untuk pendosa yang sempat bertaubat, manakala neraka untuk pendosa yang enggan dan tidak sempat bertaubat…

Langkah pertama untuk berubah

Omputih cakap Old habits die hard… which is indeed true. Memang sukar untuk berubah apabila maksiat itu sudah mendarah daging dalam diri kita. Sebelum berbicara untuk solat sunat taubat, memohon ampun pada kepada orang yang telah kita sakiti, banyakkan amalan sunat etc,  first thing first untuk berubah… ialah perbaiki solat kita. Jangan pernah puas dengan solat kita, sebab there is always room for improvement dalam solat kita… Yang solat tak pernah cukup, cukupkan solat 5 waktu. Yang dah cukup, perbaiki waktu solat di awal waktu. Kalau dah ok, perbaiki bacaan dalam solat, fahami bacaan2 dalam solat and so on… Tapi, mengapa menjaga solat adalah langkah pertama untuk berubah? Kerana firman Allah:

"Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah 
dari perbuatan keji dan mungkar."

(Surah al-Ankabut: 54)

Jadi di sini lah jawapannya… jika kita rasa kita seronok buat dosa, tanpa rasa bersalah atau malu pada Allah, jawapannya kerana kita tak jaga solat… jika kita rasa malas nak bertaubat, jawapannya kerana kita tak jaga solat… jika kita rasa berat nak tinggalkan dosa yang kita lakukan, jawapannya kerana tidak tak jaga solat…

Allahyarham Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA), ulama dan tokoh pemikir tersohor asia tenggara sewaktu kecilnya adalah seorang yang degil. nakal, suka lepak2 tanpa hala tuju ataupun di panggil sebagai ‘perewang’ di kampung halamannya. Semua nasihat ayahnya enggan diikutinya sehingga ayahnya berkata, "Buatlah apa yang kau suka, cuma satu pesan ayah, JANGAN pernah tinggal solat". Senakal mana pun HAMKA, dia tidak pernah tinggal solatnya sehinggalah beliau mejadi seorang ulama yang hebat. Begitulah hebatnya kuasa Solat, mampu menjaga manusia daripada perbuatan keji, mungkar, dosa dan maksiat… 

……………………………………………………………………………………………………………………………………….......................

Kita adalah manusia, kita bukan malaikat yang tidak pernah buat dosa, kita bukan syaitan yang Allah janjikan neraka tempat mereka, kita bukan Tuhan untuk menghukum manusia atas dosa yang dilakukan… kita manusia bertanggungjawab saling ingat mengingati, saling memberi HARAPAN bahawa rahmat dan keampunan Allah sentiasa terbentang luas buat jiwa2 yang IKHLAS ingin kembali kepada Allah tak kira sebesar mana dosa yang pernah kita

“ Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas kepada diri sendiri. JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARIPADA RAHMAT ALLAH. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa. Sungguh Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang”


(Surah Az-Zumar: 53)

Suggested readings... available at near by bookstores - Popular/Harris/Badan etc


1 comment: