Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

Thursday, May 1, 2014

Apa Perasaan nak Grad?

Dah hampir setahun aku tak menulis, focusing my heart and soul merealisasikan apa yang aku tulis selama ini dan menyiapkan pelapis2 DnT di Vandy sebelum aku balik ke Malaysia… seperti pesan Imam as-Syahid Hassan al-Banna (ISHAB),

“Medan khayal lebih besar daripada medan bercakap. Medan bercakap 
lebih besar daripada medan amal. Medan amal lebih besar daripada medan Jihad. Dan, medan Jihad lebih besar daripada Jihad yang muntij”


Setakat menulis, senang, semua orang orang boleh menulis dan bercakap. Namun, hakikatnya untuk beramal dengan apa yang kita sampaikan sangat susah. Inilah yang dimaksudkan oleh ISHAB. Namun adakalanya aku juga terjelepok lalu ter-futur di dalam kesibukan akademik semester akhir, astaghfirullah ala’zim.

Graduation  ceremony is in a week from now. Typical question yang orang tanya kepada kami senior2 yang dah nak grad ni, “Apa perasaan nak Grad balik Malaysia?”

Jadi bila ditanya, ada senior yang jawab “tak sabar nak balik Malaysia”, “rasa macam tak percaya dah nak Grad, rasa macam 4 tahun ni sangat cepat”, “rasa macam semalam baru fly sampai Vandy”, “rasa gembira dan syukur dapat mengharungi susah dan senang sepanjang 4 tahun ni”, “rasa takut nak menghadapi alam selepas university” and many many more…

Frankly speaking, aku pun rasa semua disenaraikan di atas. Tipu kalau aku cakap aku tak rasa benda2 ni semua… Tapi apabila aku di tanya “Apa perasaan nak Grad balik Malaysia?” the first feeling that came in my mind is… rasa risau, rasa kecewa, rasa belum nak balik, rasa ada tugas yang belum selesai, kalau boleh nak stay a bit longer kat Vandy ni.

Aku rasa risau kerana aku rasa ahli2 usrah aku dan pelapis2 DnT Vandy yang lain belum bersedia 100% untuk membawa amanat Dakwah dan Tarbiyyah ini, rasa kecewa sebab aku gagal menyampaikan fikrah Islam yang sebenar kepada rakan2 sama batch dan rakan2 di sekeliling aku. Aku dah cuba, mungkin aku belum cuba habis baik atau aku yang silap dalam mencuba, astaghfirullah… aku rasa belum nak balik sebab aku ingin membantu mempermantopkan fikrah Islam pelapis2 DnT vandy agar mereka boleh memfikrahkan pelajar2 Vandy yang lain dengan lebih muntij sepemergian aku nanti. Kalau boleh aku nak stay lama sikit kat Vandy ni agar aku dapat melihat mereka bergerak dengan sendiri tanpa aku supaya aku dapat balik dengan hati yang lapang dan tenang…

Firman Allah s.w.t:

Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak generasi yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.” 

(An-Nisaa` 4: 9)

Pengajaran yang aku dapat dariada ayat di atas, Allah memberi peringatan agar persiapkanlah mad’u-mad’u dengan sebaik2 persiapan sebelum meninggalkan mereka, agar mereka mempunyai bekalan yang cukup untuk bergerak sendiri, agar mereka boleh meneruskan legasi Dakwah dan Tarbiyyah dengan lebih mantap dan agar mereka tidak kecundang dengan dugaan2 berduri yang menanti sepanjang jalan Dakwah dan Tarbiyyah ini…

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w di dalam khutbahnya yang terakhir (Khutbah Wida’) kepada orang2 yang beriman pada tahun 10 Hijrah, Rasulullah pernah berkata:

“Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang 
akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalah-Mu.” Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah.” 
Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali..."

Sesungguhnya umat Islam telah bersaksi kepada Allah di dalam Khutbah Wida’ tersebut yang Rasulullah s.a.w, sebelum baginda wafat tidak lama kemudian, Baginda telahpun menyampaikan dan menyempurkan amanat risalah daripada Allah kepada mereka...

Namu hari ini jika orang2 disekeliling aku menjadi saksi kepada Allah, adakah aku telah menyampaikan risalah Islam dengan sempurna kepada mereka, aku risau aku tidak mempunyai jawapan yang baik di hadapan Allah…

Jadi, jika hari ini anda ditanya, “Apa perasaan nak Grad balik Malaysia?”, apa jawapan anda??

Ya Allah, ampunilah dosa2 kami, matilah kami dalam jalan Dakwah dan Tarbiyyah, ya Allah janganlah Kau sesatkan aku setelah Kau kurniakan hidayah kepada aku…amin, amin, amin ya Rabbal a’lamin…


No comments:

Post a Comment