Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

Friday, February 15, 2013

Bless You !!



“haaaaaaacummm !”

Bless you !

Budaya ‘bless you’ sudah sebati  dengan cara hidup masyarakat USA (tak pasti di Negara non-Muslim lain). Bilamana seseorang bersin, orang-orang di sekelilingnya akan ramai-ramai mengucap ‘bless you’ ke atasnya…

Tidak kiralah dimana anda bersin…


Kalau bersin dalam dewan kuliah, rakan-rakan sekelas akan mem-’bless you’ –kan anda. Sehinggakan professor yang sedang mengajar juga akan berhenti seketika untuk mengucapkan ‘bless you’ ke atas anda !

Kalau anda bersin dalam pengangkutan awam, andai kata bas, penumpang-penumpang bersebelahan anda akan melontarkan ‘bless you’ ke atas anda, begitu juga dengan pemandu bas.

Begitu juga ketika di dalam perpustakaan, bersinlah dan anda akan mendengari American yang sedang sibuk menelaah juga akan berhenti seketika untuk mem-'bless you'-kan anda…

Pendek cerita, bersinlah dimana sahaja, tidak apa kulit warna anda, apa agama anda, apa bangsa anda, sekiranya ada American yang mendengarnya, mereka akan mengucapkan ‘bless you’ ke atas anda yang literally bermaksud ‘semoga Tuhan memberkati anda’.

‘Bless You’ Suatu Sunnah dan Tanggungjawab

Tidak pasti sama ‘bless you’ adalah suatu budaya, suatu manner ataupun ajaran agama mereka, tapi apa yang pasti perlakuan seumpama ini adalah satu sunnah yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w yang amat jarang kita amalkan khususnya sesama Muslim di Malaysia !

Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila seseorang di antara kamu bersin, hendaklah mengucapkan,


الْحَمْدُ لِلَّهِ  


[Alhamdulillaah]
(Segala puji bagi Allah) ,


Lantas saudara atau temannya mengucapkan,


يَرْحَمُكَ اللهُ  


[Yarhamukallah]
(Semoga Allah memberi rahmat kepa-daMu) .


Bila teman atau saudaranya mengucapkan demikian, bacalah,


 يَهْدِ يْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

[Yahdiikumullooh Wa Yushlihu Baalakum]
(Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).”


(HR Bukhari)


Mendoakan orang yang bersin adalah suatu sunnah, cuma bezanya dengan budaya American di sini, Nabi mengajarkan kita untuk mengucapkan يَرْحَمُكَ اللهُ  instead of ‘bless you’...

Tapi harus diingat, orang yang bersin juga perlu mengucapkan الْحَمْدُ لِلَّهِ  terlebih dahulu dan disusuli dengan يَهْدِ يْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ untuk menjawab doa saudara kita tadi…

Sesungguhnya budaya yang murni ini telah diajarkan oleh Nabi kita, cuma kita yang jarang praktikkan sehinggakan terasa janggal bila tiba-tiba ada orang mem-’bless you’-kan kita apabila kita bersin…

Sesungguhnya mendoakan saudara kita yang bersin adalah salah satu tanggungjawab kita kepada saudara Islam kita yang lain seperti dalam sabda Baginda:
Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara:

Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam. Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya. Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya. Apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit (mendoakannya dgn mengucapkan 
يَرْحَمُكَ اللهُ ). Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahi. Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya” .

(Hadith riwayat Muslim)
Haih, dah lame rasanya kita meninggalkan sunnah dan tanggungjawab yang Nabi ajarkan ini. Jadi inilah masanya untuk kita hidupkan kembali di Malaysia, khususnya sesama Muslim !

1 comment:

  1. Subhanallah.. terima kasih atas entri perkongsian ini..

    Jazakallahukhairan.. :)

    ReplyDelete