Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

Thursday, January 24, 2013

Catatan Hari Lahir ke-21: apa yang aku ada untuk hari 'esok' ?

23 Januari 2013, genap sudah 21 tahun aku bernafas di atas bumi Allah ini, Alhamdulillahirabbila'lamin di atas limpah dan kurniaNya aku masih diberi nikmat hidup dalam Islam dan Iman.

Namun, tahun depan masih belum pasti bagiku, bahkan hari esok juga belum pasti ada untukku, apatah lagi saat-saat akan datang, juga belum pasti ada bagiku kerana bila-bila masa sahaja malaikat Izrail boleh menjemput aku pergi, wallhu’alam…

Sebagai seorang Muslim, mengingati mati dan mempersiapkan amalan untuk menghadapi hari ‘esok’ yang kekal abadi sepatutnya menjadi muhasabah dan peringatan agar sentiasa bersedia seperti yang Nabi s.a.w sabdakan:

"Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."

(HR Tirmidzi)

Jadi setakat saat ini, apa yang telah aku persiapkan untuk menghadapi hari ‘esok’ ? Hari di mana segala amal baik dan buruk akan mendapat pembalasan Allah s.w.t



InsyaAllah kalau ada amalan-amalan dan dosa-dosa, kepada Allah aku bertawakal. Namun, apakah yang aku ada untuk menjamin saham pahala yang berterusan ?

Dalam satu hadis yang masyur, Nabi s.a.w bersabda dari Abu Hurairah r.a:

“Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.''

(HR Muslim)

Jika dilihat dari hadis ini, adakah sedekah mampu jariyah mampu membantuku di hari ‘esok’ ? Berapa sangatlah bagi seorang student seperti aku ni yang masih belum bekerja untuk bersedeqah jariyah, mungkin setakat sekupang dua kupang ade kot.

Adakah doa anak yang soleh dapat membantuku untuk menghadapi hari esok ? Sudah tentu tidak, zaujah pun belum ada lagi (pftt dah kena fikir nak bina Baitul Muslim ni !)

Lalu tinggallah ilmu yang bermanfaat yang aku pelajari serba sedikit dari hari ke hari sehingga ke saat ini. Dan berbekalkan ilmu-ilmu yang seciput inilah aku menulis dengan harapan dapat memberi kesedaran serta kefahaman agama dan mengongsikannnya kepada rakan-rakan dan mereka yang membaca.

Pelbagai benda aku boleh tuliskan jika aku mahu, namun yang Nabi maksudkan sebagai saham hari ‘esok’ hanyalah penulisan ilmu yang bermanfaat. Saidina Ali Bin Abi Talib juga pernah berpesan:

“Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanyalah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti..."

(Saidina Ali Bin Abi Thalib)

Ya Allah, darimu aku datang dan kepadamu juga aku akan kembali. Terimalah amalku yang aku salurkan melalui penulisan yang tidak seberapa ini, agar dapat menjadi penemanku di hari ‘esok’ serta ampunilah dosa-dosa dan kejelikkan amal-amalku ya Allah yang ada diiringi meskipun sebesar zarah maksiat hati, naudzubillah…

No comments:

Post a Comment