Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

Saturday, December 15, 2012

Winter Break/Holiday masa untuk... #facepalm


Secara rasminya winter break di Vanderbilt bermula hari ini walaupun aku secara peribadinya dah bercuti sejak hari  Rabu lepas...

hmmm, hanya Allah yang tahu betapa kecewanya aku bila jenguk bilik kawan sebelah sini tengan main game, sebelah sana pun sama... ingatkan niat asalnya nak bonding-bonding, borak-borak tanya khabar tapi tak jadi...

Beginilah paling tipikal pelajar-pelajar hari ini, cuti-cuti seperti ini diisikan dengan... menonton movie, korea, main game, jalan-jalan, tidur dll

eh, bukan nak cakap salah... cuma yang tak moleknya bila cuti kita diisi dengan perkara-perkara tidak berfaedah lebih banyak berbanding perkara-perkara yang bermanfaat dan yang mampu mendekatkan diri kita kepadaNya, sedangkan perkara yang perlu dibuat itu lebih banyak dari masa yang kita ada ! (http://tafaqqahufiddeen.blogspot.com/2012/07/bosan.html)

"Bukankah Allah telah berpesan: 

"Kemudian apabila engkau telah selesai dari sesuatu amal soleh, maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha mengerjakan amal soleh yang lain."

(asy-Syarh 94:7)


Jadi, bila kita telah selesai dengan exams, dengan semester bukankah lebih baik kita isi masa cuti dengan perkara lain yang lebih bermanfaat seperti yang Allah telah sampaikan dalam ayat diatas ?

1001 macam perkara bermanfaat di luar sana yang boleh kita lakukan, cuma diri sendiri je yang jadi penghalang...

manusia oh manusia... bila sedang sibuk, banyak kerja selalu kau selalu mengeluh tiada masa untukNya... tapi bila ada masa lapang, sedang cuti, kau penuhi pula dengan perkara tidak berfaedah ! #alasan semata-mata...

dan aku pun sama je macam mereka-mereka di luar sana, bercuti penuh dengan perkara lagha... but I've changed ! kalau tak banyak pun, at least a bit and I’m working on it... 

I used to be a pemain FIFA Soccer tegar, but I've changed, I've sold my consoles because of this al-Quran verse. If I can changed, why don't you ?? tepuk dada, tanyalah iman... 

4 comments:

  1. time cuti la , kita nak semua benda yg kita tak boleh buat bila ada class :)

    ReplyDelete
  2. betul ! tapi masalahnya kebanyakan apa yang kita nak buat tu sia-sia...hari ni kita x perasan pun benda tu sia-sia, tapi kelak esok di akhirat baru kita sedar apa yang telah kita sia-siakan macam dalam firman Allah tapi masa tu dah terlambat...

    " Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan. (2) Dan apabila lautan pecah bercampur-baur. (3) Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan. (4) (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dilalaikannya (dikerjakan dan ditinggalkannya) (5)" (Surah al-Infitar:1-5)

    jadi seeloknya, penuhilah masa cuti dengan perkara yang bermanfaat :)

    ReplyDelete
  3. My entry , mohon bace :\ Http://historyofalia.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. betul..betul..knpa la time free2 mesti kena isi dgn movie,games n bende2 lain. padahl bnyk je bende yg lagi brmanfaat yg boleh kita buat, just kita je yg decide,nk buat ke tak..

    ReplyDelete