Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

Thursday, December 13, 2012

bangkitkan himmah syahid dan jihad dalam dirimu !


Bila ditanya, pastinya setiap individu yang beragama Islam mesti ada memasang cita-cita untuk mati syahid sama ada kecil ataupun besar cita-citanya itu...

dan juga harus diingat, mereka yang mati syahid bukannya mati sebenarnya, bahkan mereka masih hidup dilimpahi rahmat tuhanNya...


" Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh 
(yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." 

(ali-Imran 3:169)

Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk mencapai cita-cita syahid ini ? 



Sebenarnya, yang paling penting untuk mencapai syahid, adalah hanya dengan memasang cita-cita... tapi bukan sebarang cita-cita, ia mestilah dengan sebenar-benar cita-cita !


Sabda Rasullullah s.a.w:


" Barang siapa yang bercita-cita untuk mati syahid kerana Allah dengan 
sebenar-benar cita, nescaya akan diletakkan oleh Allah kedudukannya di tempat para syuhada' sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya"


(HR Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai, Ibnu Majah)


Cita-cita yang Nabi s.a.w maksudkan di sini bukanlah cita-cita kosong ! Malah ia cita-cita yang mendorong kearah syahid itu... Jika kita tak mampu untuk ke sana turut berperang bersama mujahidin, tugas kita adalah di sini, bersungguh-sungguh cuba menyebarkan kesedaran dalam diri umat Islam di sekeliling kita 


dan hulurkanlah bantuan yang termampu dan yakinlah pahalanya tidak luak sedikitpun berbanding mujahidin yang keluar berperang itu kerana Nabi s.a.w pernah bersabda...


“Sesiapa yang mempersiapkan seorang pejuang pada jalan Allah, 

maka sesungguhnya (seolah-olah) dia sendiri yang keluar berjuang. Sesiapa yang menggantikan pejuang ketika ketiadaannya untuk menjaga keluarganya, maka (seolah-olah) dia sendiri yang keluar berjuang.” 


(HR Bukhari dan Muslim)


Jadi maknanya, tugas kita di sini tidak kurang pentingnya dengan tugas mujahidin-mujahidin yang berperang di sana ! Tetapi dengan syarat mestilah memasang sebenar-benar cita-cita seperti yang Rasulullah sebutkan di atas...


Cita-cita untuk syahid mestilah disertakan dengan himmah (semangat) untuk berjihad sebagai memenuhi syarat syahid yang Nabi sebutkan dalam hadis di atas dan cita-cita ini mestilah ada dalam diri setiap umat Islam kerana Nabi s.a.w pernah bersabda:


"Seseiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (berjihad) 
dan tidak pernah terlintas dalam (bercita-cita) untuk berperang (berjihad), maka dia mati di atas cabang kemunafikan

(HR Muslim)

Aku risau, risau dan risau jika himmah ini pudar lalu luput kelak aku akan mati dalam kemunafikan seperti dalam hadis diatas...


lalu demi menyuburkan dan membangkitkan cita-cita dan himmah inilah aku meletakkan bendera Palestin di sisi katil bilikku supaya setiap kali masuk bilik, sebelum tidur dan bangun tidur, himmah (semangat) dalam diriku sentiasa membara untuk mencapai syahid laksana himmah para mujahidin Palestin dan Syria yang gagah berperang !


pembakar Himmahku
Bangkitkanlah himmahmu, suburkanlah cita-citamu untuk berjihad dan mencapai syahid !

Bangkitkan himmah syahid dan jihad anda dengan menonton video ini 

nota kaki: Apakah yang dimaksudkan dengan jihad ? sila jenguk http://tafaqqahufiddeen.blogspot.com/p/maa-mana-jihad.html

1 comment:

  1. salam. "memasang sebenar benar cita2" quote ustazah maznah kan. yeay dapat tengok live :)

    ReplyDelete