Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

Friday, November 2, 2012

V = IR...

Bagi pelajar-pelajar sains mahupun di sekolah ataupun universiti semestinya sudah familiar dengan equation V = IR ataupun yang lebih dikenali sebagai Ohm's Law. Secara ringkas, Ohm's Law menerangkan hubungan langsung antara voltage (V), current (I) dan resistance (R). 


Mari kita lihat hubungan antara V and R... bila mana R meningkat, V juga meningkat pada masa yang sama. Tidak sama sekali V akan menurun bila mana R meningkat. Begitu juga bila R meningkat, V juga akan meningkat...


Inilah hakikatnya Iman dan Ujian dari Allah kepada hamba-hambaNya ! V ini bolehlah kita analogikan sebagai Iman dan R sebagai Ujian Allah...


Firman Allah .w.t: 


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman', tetapi mereka tidak diuji ??'


(al-Ankabut 29:2)


Sesungguhnya inilah janji Allah... bila mana kita mengaku yang kita ini beriman kepadaNya, ujian-ujian Allah akan menanti kita... dan semakin meningkat tahap keimanan seseorang, semakin meningkatlah ujian-ujian Allah kepadanya sebagaimama hubungan antara V dan R...


Maka tidak hairanlah Nabi Muhammad s.a.w mendapat ujian yang paling hebat daripada Allah, kerana tahap iman Baginda yang amat kukuh. Baginda dicemuh, diugut bunuh, dipulau, difitnah, dicederakan dan lain-lain lagi ujian yang hebat sekali... begitu juga para sahabat, mereka diuji dengan harta benda, keluarga, peperangan, nyawa, selari dengan tahapan iman mereka yang mantap...


Mari kita lihat saudara-saudara kita di Palestin dan Syria. Begitu hebat ujian Allah kepada mereka. Harta benda mereka dirampas, dimusnahkan, mereka hidup bagai pelarian di bumi sendiri, ahli keluarga mereka dibunuh tanpa peri kemanusiaan ! Namun mereka cekal menghadapi ujian-ujian Allah ini, mereka tsabat (teguh) berjihad demi Allah, kerana iman mereka yang mantap menjadi pendorong utama perjuangan mereka...


Iman kepada Allah yang mantap, Allah janjikan ujian-ujian yang hebat... dan ujian-ujian yang hebat ini menjadikan mereka semakin bertambah Iman, bukannya semakin luput keimanan mereka... lihat sahaja Abu al-A'la al-Maududi, Dr. Abdul Azizi Rantisi, Sayyid Qutb, Syeikh Ahmad Yassin, Imam Hassan al-Banna dan ramai lagi.... mereka keluar masuk penjara kerana ditangkap menegakkan agama Allah dan ada antara mereka yang dibunuh ! malah ada yang dibunuh menggunakan bedilan peluru berpandu ! InsyaAllah syahid milik mereka....


lihatlah kita hari ini....


Sesungguhnya aku malu dengan saudara-saudaraku yang bermandi darah di Palestin dan Syria... aku cemburu dengan tahapan iman mereka. Ujian Allah kepada mereka menandakan iman mereka yang kuat dan utuh sekali...


Dan sekiranya hari ini Allah menurunkan ujian sebegini kepada aku dan kawan-kawanku di Malaysia, belum tentu kami mampu untuk menghadapinya...


Baru sahaja Allah menguji aku dalam akademik, betapa susahnya subjek BiotransportGenetics dll, aku sudah hampir sahaja putus asa... shame on me ! jika ujian-ujian sebegini pun aku tak mampu nak hadapi,  usahlah aku bermimpi nak berjihad bersama mujahidin Palestin dan Syria ! sesungguhnya ini menandakan imanku masih tidak cukup mantap untuk menjadi tetamu Allah sebagai seorang syuhada'..... sob sob


Namun ingatlah janji Allah...


"Allah tidak akan menguji seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya..."


(al-Baqarah 2:286)


Sebesar manapun dugaan yang kita hadapi, sehebat manapun ujian yang Allah turunkan pada kita, Allah telah berjanji bahwa ujian-ujianNya adalah bersesuaian dengan kemampuan kita...


Oleh itu, janganlah pernah berputus asa dengan rahmat Allah dan bersangka baiklah padaNya, kerana ujian-ujian Allah adalah bertujuan membawa kita ke syurga dan yakinlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat..


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, 
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu ? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah ? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."

(al-Baqarah 2:214)


No comments:

Post a Comment