Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

Sunday, November 18, 2012

Maal Hijrah 1434: burung kecil, Nabi Ibrahim, boikot dan Usaha vs. Hasil



Others are dying for justice. What abous us ?


Gaza berdarah kembali 14 November lepas, di hari di mana umat Islam menyambut Maal Hijrah 1434, malah darah yang mengalir kali ini amat lebat sekali. Pemimpin bridget al-Qassam Ahmed al-Jabbari syahid diroket bersama anaknya, ribuan jiwa tercedera dan terkorban menemui syahid, pejabat rasmi Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh habis ranap dibom pelampau Zionis Israel, harta benda kediaman rosak teruk dihujani bom... 




Firman Allah:      

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,
maka damaikanlah diantara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat"

(al-Hujraat 49:10)

dan sabda Nabi Muhammad s.a.w:


"Perumpamaan seorang muslim dengan muslim yang lain adalah seperti sebuah binaan, ia saling menguatkan." Baginda bersabda lagi ,"Perumpamaan orang-orang mukmin pada kasih sayang, rahmat dan perasaan mereka adalah seperti sebuah jasad, apabila sebuah anggota mengadu kesakitan seluruh jasad turut berasa sakit." 


(HR Bukhari Muslim)

Adakah kita merasai kesakitan yang sedang saudara-saudara kita di Gaza rasakan ketika ini ? Atau kita masih lena tertidur dengan nikmat-nikmat yang kita miliki sehingga terleka untuk ambil kisah hal mereka ? Apakah yang telah kita lakukan untuk membantu mereka jika benar mereka adalah saudara kita ?

Banyak suara-suara yang mempertikaikan usaha memboikot sebagai sesuatu yang sia-sia dan tidak membantu saudara-saudara kita di Palestin langsung.

Ramai yang beranggapan jika kita memboikot produk-produk yang membantu kekejaman Zionis Israel, tidak akan tergugat pun ekonomi mereka kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang amat kecil sekali dan banyak lagi negara-negara besar lain yang menyokong mereka... 

Malunya aku dengan budak kecik ni

Mari kita selak kembali lembaran-lembaran sirah Anbiya' untuk kita pelajari ibrah yang tersirat yang dapat kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita...

Masih ingatkah kita kisah Nabi Ibrahim dan Raja Namrud ? Saat usaha dakwah Nabi Ibrahim terhadap kesesatan Raja Namrud sampai ke kemuncak, Baginda ditangkap lalu dicampakkan kedalam api yang besar dan marak...

Ketika itu datanglah seekor burung kecil membawa air yang ditampungnya menggunakan paruhnya yang kecil lali dicurahkannya air itu pada api besar yang sedang marak itu untuk memadamnya...

Apabila Baginda bertanya kepada burung itu, mengapakah kamu wahai burung kecil cuba membantuku sedangkan usahamu tampak sia-sia untuk memadamkan api yang besar ini. Lalu si burung pun menjawab dengan izin Allah "Aku hanya menjalankan tanggungjawab untuk menegakkan kebenaran dan menghalang kejahatan, sama ada api itu padam atau tidak bukanlah urusan aku, itu adalah urusan Allah, Pencipta alam ini" 

Dengan izin Allah, api tersebut menjadi sejuk maka selamatlah Nabi Ibrahim...

"Wahai api ! Hendaklah engkau menjadi dingin dan selamat terhadap Ibrahim."

(al-Anbiyaa 21: 69)


Hah, inilah jawapannya ! Allah melihat usaha kita untuk menegakkan kebenaran, untuk membantu saudara kita, Allah tidak melihat hasilnya, kerana itu bukan urusan kita ! Hasilnya sama ada berkesan atau tidak adalah ketentuan Allah, bukan kita yang menentukannya...

Usaha kecil yang insyaAllah dipandang Allah


Jadi, usaha mereka yang memboikot yang seciput itu bukanlah sia-sia, kerana Allah yang menilainya ! Siapakah kita untuk menilai amal baik/jahat orang lain ?

Sempena Maal Hijrah 1434 ini, bersama-samalah kita cakna isu ummat Islam seantero dunia khususnya di Palestin, Syria, Burma, Mesir dll. Mari kita mulakan hijrah kita dengan lebih mengambil berat isu mereka jika sebelum ini kita bersikap tidak kisah. Mustahil bagi kita untuk berhijrah hari ini umpama Rasulullah dan para sahabat dulu namun yang masih ada adalah hijrah dari keburukan kepada kebaikan seperti sabda Baginda s.a.w…


"Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah, tetapi jihad dan niat (dari keburukan kepada kebaikan). Dan apabila kamu dikerah untuk pergi berperang, maka segeralah menyahutnya !"

(HR Bukhari, Muslim dan lain-lainnya) 


Internet kini hanya dihujung jari kita… ringankanlah jari jemari kita mempelajari/meng-google tentang mereka… Siapakah Hamas ? Siapakah Fatah ? Siapakah Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Aziz Rantisi ? Apakah Nakbah ? Apakah beza antara Yahudi, Israel dan Zionis ? Mengapakah Israel sangat menginginkan tanah Palestin ? Siapakah Ikhwan Muslimin ? Apakah Perjanjian Balfour ? Mengapakah tercetusnya Intifadhah 1987 dan 2000 ? dan ribuan lagi persoalan lain yang boleh kita bangkitkan dari isu saudara-saudara kita ini…

Budak-budak kecik pun bersemangat. Kita ?


Oleh itu, berhijrah ! Berhijrahlah daripada tidak cakna kepada lebih cakna isu ummat,kerana…

Sabda Rasulullah s.a.w:


"Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam makan dia bukan dari kalangan mereka"

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri." 


(HR Bukhari Muslim) 

Berhijrahlah daripada tidak pernah memboikot kepada memboikot berhabis-habisan, lakukanlah sebaik mungkin apa yang kita mampu untuk membantu mereka walau hanya sekecil utusan doa atau mengongsi isu-isu mereka di laman sosial. Bantulah mereka dengan sedaya kita walau sekecil mana usaha kita, kerana yakinlah Allah menilai usaha hamba-hambaNya, bukan hasilnya !


Pencerahan tentang mengapa kita memboikot oleh Dr. Hafidzi
Senarai produk yang perlu kita boikot (sumber: http://www.inminds.com/boycott-israel-2012.php - updated June 2012)



Bebas Palestin - Rabbani, InTeam, Saujana, Nowseeheart


Nota kaki: Semua gambar yang disertakan di dalam entri ini telah diambil secara live sewaktu Peace for Gaza and Syria Rally di Parthenon Centennial Park, Nashville, Tennessee, USA - 17 November 2012

No comments:

Post a Comment