Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

Saturday, September 22, 2012

la ikraha fit-tarbiyyah


... لَآ إِكۡرَاهَ فِى ٱلدِّينِ‌ۖ

Maksudnya:  "Tidak ada paksaan dalam agama Islam..." 

(al-Baqarah 2:256)

Sesungguhnya tidak ada paksaan bagi seseorang itu untuk memeluk Islam sekiranya dia masih belum Islam. Tetapi mengapa pula dalam ayat lain Allah mengecam mereka-mereka yang mencari agama selain Islam ?

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, 
maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak 
dari orang-orang yang rugi" 

(ali-Imran 3:85)

Mengapa, mengapa dan mengapa ? 


Kemudian Allah menyambung dalam ayat yang sama...

... قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَىِّ‌ۚ

Maksudnya: "kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)" 

(al-Baqarah 2:256)

kerana untuk seseorang itu memeluk Islam, tidak perlu dia dipaksa, diugut, atau ditawarkan kemewahan dan kesenangan. Hanya yang perlu ialah, memahami mana yang benar dan mana yang sesat berbekalkan akal fikiran yang Allah kurniakan. Jika mereka tersilap mengunakan akal untuk membuat pilihan antara Islam dan kufur, merekalah orang-orang yang rugi !

Begitulah hakikatnya dalam dakwah dan tarbiyyah... 

Cuba kita bertanya kepada diri sendiri, mengapa kita makan ? Adakah kerana hobi ? kerana makan itu menyeronokkan ? Tidak dan tidak... jawapannya kerana kita faham kalau kita tak makan kita akan mati...

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya faham bahawa dakwah dan tarbiyyah itu penting, sama seperti kita memahami makan, yang mana kalau kita tak makan kita akan mati. Bahkan tidak keterlaluan jika aku katakan dakwah dan tarbiyyah itu lebih penting dari makan !

Seorang daie (penyeru), seorang murabbi tidak perlu memaksa mad'u (binaan) dan orang ramai untuk sama-sama berdakwah, untuk sama-sama ber-usrah, serta sama-sama menyertai tarbiyyah. Yang perlu cumalah, sampaikan dan sebarkan risalahNya walau cuma sepotong ayat (ballighu anni walau aayat) tanamkanlah dalam diri mereka benih-benih perasaan ingin lebih memahami Islam, dakwah dan tarbiyyah...

Galakkanlah mereka berfikir dengan akal fikiran yang Allah kurniakan untuk memahami betapa peri pentingnya dakwah dan tarbiyyah itu. Dan usahlah bersedih jika ada mad'u yang berat untuk datang usrah, ada yang menolak, menentang ataupun mengkritik ajakan anda, bersabarlah dan teruslah tsabat dalam usaha dakwah anda kerana tugasmu adalah untuk menyampaikan risalah Tuhanmu dengan sebaik-baik mungkin. Selebihnya adalah antara mereka dan Allah dan kerana Allah-lah yang memegang petunjuk (hidayah) serta menggerakkan hati manusia (taufiq), untuk menyertai dakwah dan tarbiyyah, bukannya kita... Seperti dalam firman-firman Allah:

“Tidaklah Engkau Diwajibkan (Wahai Muhammad) menjadikan mereka 
mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah Yang memberi petunjuk 
(dengan memberi taufik) kepada sesiapa Yang dikehendakiNya 
(menurut undang-undang peraturanNya) ” 

(al-Baqarah 2: 272)


“Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah 
petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah Yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ; dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam/untuk menyertai dakwah dan tarbiyyah)” 

(al-Qasas 28:56)


“..oleh itu, janganlah Engkau membinasakan dirimu (Wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan (kedegilan) mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.”  

(Fatir 35:8) 

Oleh itu kawan-kawan, saudara-saudara semua, jom join kami dalam dakwah dan tarbiyyah ! Bersama kita meraih syurgaNya, insyaAllah...

1 comment:

  1. assalamualaikum.keep it up!terus kaitkan hadith2 n ayat2 Al- quran dengan rutin hidup kite..insya Allah orang akan terfikir n sedar sendiri dakwah yg ringan dan diingati lebih baik dari dakwah yg berat tapi tiada org peduli:D good luck

    ReplyDelete