Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

Saturday, September 8, 2012

aku tak suka belajar

Aku sendiri tak tahu apa yang aku belajar dalam kelas fizik, circuit, programming, math, chemistry. Kalau setakat nak jawab exam tu boleh la, tapi aku 'tak nampak' apa yang aku belajar tu, bosan sungguh... Namun tidak pula aku rasa sedemikian dalam kelas-kelas biology, physiology, immunology, genetics.Aku kira jawapannya hanya satu, iaitu minat...


Kadang-kadang aku rasa hilang minat nak belajar, rasa give up nak toleh mana mintak tolong pun tak tahu sebab sangat-sangat susah berada di dalam course yang susah berseorangan... tak boleh ke kalau aku tak payah belajar ? sebab aku tak suka belajar, lagi-lagi belajar  subjek-subjek yang aku tak minat... 



Saat-saat sebeginilah, yang aku mampu hanyalah memanjang sujudku, menadahkan tangan, memohon pertolongan Allah... "ya Allah, Kau permudahkanlah aku dalam urusan pelajaranku..." 


lalu aku menyelak-nyelak lembaran kalimah-kalimah cintaNya mencari jawapan...


Nasihat Allah kepadaku...


"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" 

(al-Baqarah 2:216)

Di awal kebangkitan Islam, saat Nabi telah berjaya memusnahkan berhala-berhala jahiliyyah dalam diri para sahabat, saat Islam baru bertapak di bumi Madinah, berperang itu adalah wajib umat Islam bagi mempertahankan haq mereka dan memenangkan Islam yang kita nikmati hari ini, sedangkan berperang itu suatu yang mereka tidak suka... tapi kerana mereka faham Islam, iaitu Islam adalah agama yang mengajar umatnya berjuang dan berjihad, mereka terus berperang, berperang dan perang lagi tanpa kenal erti putus asa sehingga Islam pernah mencapai ustaziyatulalam.

Berperang adalah salah satu bentuk perjuangan yang paling relevan di zaman Nabi dan para sahabat untuk memenangkan Islam pada waktu, tempat dan ketika kira-kira 1400 tahun yang lalu. Adakah aku juga wajib berperang ?

Masa, tempat, dan situasi aku hari ini tidak menuntut aku untuk berperang, namun pelajaran itulah suatu peperangan bagiku...


Ya, mungkin aku tak suka belajar, namun Allah mewajibkan aku untuk belajar hari ini, di masa dan bumi yang asing ini kerana ia suatu yang baik bagiku. Aku tak mampu nak berperang membantu saudara-saudaraku di Syria, Palestin, dll, tapi yang aku mampu adalah belajar, belajar dan belajar lagi, semoga suatu hari nanti ilmu-ilmu yang aku pelajari dapat membantu kemaslahatan umat Islam, aminnn.

Jadi, sebagai seorang daie Allah yang memahami Islam, tidak mungkin bagi aku untuk tak suka belajar... kerana belajar itu adalah Jihad di jalan Allah !


2 comments:

  1. Nice one Akim. Did I tell you that I really enjoy reading your blog? Keep up the good work, I might drop by when I'm felling down and lost, academically and spiritually ;)

    ReplyDelete
  2. belajar itu salah satu jihad bukan? salah seorang kawan katanya ingin berjihad. nak berperang. saya tak begitu faham maksud dia. adakah 'berperang'? katanya takkan nak duduk sahaja. saya bertanya nk Malaysia jadi tak aman ke? jawabnya tak adalah, n dia xnak explain. kalau la mampu berjihad kat palestin,etc. saya cakap pergilah study, jihad jugak. then, dia cakap tu bukan jihad. so saya senyapkan jela. please correct me if i am wrong. macam ayat terakhir dalam entry ni? maybe anda boleh buat entry pasal jihad? tQ.

    ReplyDelete