Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

Friday, August 24, 2012

mereka yang lebih sesat daripada binatang !

Tajuk penulisan kali ni agak radikal siket, maaf kalau terasa tapi memang niat memang nak bagi terasa pun, hehe

Siapakah mereka yang dimaksudkan lebih hina daripada binatang ? 

Firman Allah s.w.t:


"Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti" 

(al-Anfal 8:22)

dan Allah berfirman lagi:

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak 
dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai" 

(al-A'raf 7:179)

Binatang-binatang yang melata di bumi ni masing-masing mengikut fitrah ketentuan Allah ke atas mereka. Sama ada yang berterbangan di langit, berenang-renang di lautan, berlari-lari di dalam hutan semunya taat kepada kepada tuntutan Allah keatas mereka. Bagaimana pula manusia ? Apa pula fitrah penciptaan manusia ?

Firman Allah s.w.t: 

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ

maksudnya: 

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..." 

(ali-Imran 3:110)

Kalimah pertama dalam ayat ini Allah memberi penegasan dengan kalimah "kun" sebagaimana yang kita sering dengar dalam Surah Yaasin ayat 82 - "kun fayakun" yang bermaksud jika Allah menghendaki sesuatu, ckukuplah dengan lafaz "kun", maka akan terjadilah ia...

Dan apabila Allah menegaskan kepada kita dalam ayat 110 Surah Ali Imran bahawa kita adalah umat yang terbaik iaitu umat yang:

1. mengajak kepada kebaikan
2. melarang kejahatan
3. beriman dengan sebenar-benar iman kepada Allah

Maka kita tidak punya pilihan lain selain mengikut apa yang disuruh Allah ini kerana ini adalah fitrah kita ! Allah ciptakan kita untuk menyembahNya, juga sebagai wakil penyeru kepada kebaikan ( juga seperti dalam Surah al-Baqarah 2:32 dan Surah Az-Dzariyat 51:56)

Kita punya akal dan hati, tetapi masih enggan mengikut fitrah penciptaan kita sebagai hamba dan pendakwah, kita punya mata, telinga dan mulut tapi masih enggan menyebarkan kebenaran, masih enggan berdakwah dan masih berdiam diri atas maksiat dan jahiliyyah di sekeliling kita malah memekakkan telinga jika ditegur. Dan kerana inilah Allah menjatuhkan martabat kita serendah-rendahnya, lebih rendah daripada binatang !

Jadi, anda-anda di luar sana (termasuklah diriku), adakah anda lebih hina daripada bintang ? (ingat, babi dan anjing pun bintang jugak) tepuk dada, tanyalah iman... 

No comments:

Post a Comment