Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

Friday, August 24, 2012

mereka kekal di dalamnya...

(seperti yang disampaikan dalam tazkirah malam terakhir Ramadhan 1433 H di Islamic Center of Nashville)

Sudah 6 hari Ramadhan meninggalkan kita dan semoga kita bertemu kembali dengannya tahun depan insyaAllah...

Firman Allah s.w.t maksudnya:

"(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan dia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (81) Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. (82)"

Teringat daku akan kalimah-kalimah cinta Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 81-82 di atas...


Ramadhan yang berlalu banyak mendidik kita menjadi seorang Mu'min sejati, meneguhkan keimanan kita kepadaNya serta mengasuh kita kembali fitrah manusia yang suci daripada dosa dengan meninggalkan dosa-dosa lampau yang pernah kita lakukan...

Sehabisnya Ramadhan, kita tidak sewajarnya kembali melakukan maksiat-maksiat yang pernah kita tinggalkan sewaktu Ramadhan malah kita juga tidak wajar beranggapan bahawa, " sudah banyak amal ibadah aku buat sewaktu Ramadhan lalu, apa salahnya aku buat sikit sahaja amal buruk aku. aaarh, aku yakin tak akan menjejaskan pahala aku"...

2 tingkah laku inilah yang Allah maksudkan "mereka yang berbuat kejahatan, dan dia ditenggelamkan oleh kesalahannya", iaitu mereka yang leka dengan perbuatan maksiat mereka, mereka yang cenderung kembali melakukannya meskipun sudah pernah meninggalkannya dan mereka yang sengaja berbuat dosa meski sebesar zarah sekalipun dengan beranggapan tidak akan menjejaskan amal ibadahnya...

Lalu apakah janji Allah kepada golongan seperti ini ?? janji Allah kepada mereka ialah "maka merekalah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya" ! dan nerakalah tempat tinggal mereka selama-lamanya...

Maha pengasih Allah yang sebaik-baik pemberi azab juga sebaik-baik pemberi nikmat. Lalu Allah janjikan Syurga bagi mereka yang kekal beriman, beramal soleh, dan tidak cenderung kembali kepada maksiat serta cekal melawan tuntutan hawa nafsu (2:82)

Justeru, saudara-saudara seagamaku yang aku kasihi, bersamalah kita manfaatkan perjuangan 30 hari kita sepanjang Ramadhan yang lalu untuk kita benar-benar meninggalkan segala kejahatan yang pernah kita lakukan sehingga ke akhir hayat. Semoga kau dan aku menjadi ahli Syurga yang Allah janjikan, bukannnya ahli neraka yang durjana. nauzubillahiminzaalik....

No comments:

Post a Comment