Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

Wednesday, July 18, 2012

Voltron yang hebat kerana Islam




Artikel diatas ini menjadi buah mulut pelajar Malaysia di Vanderbilt beberapa tahun lepas... terpulang kepada individu yang membaca bagaimana untuk mentafsirnya (maaf atas kekasaran bahasa yang digunakan) namun ini adalah tafsiran dan pendapat peribadiku...


Artikel ini bagiku suatu luahan sinis seorang kolumnis The Slant -Vanderbilt Humor Publication yang aku kira mengagumi/mencemburui komuniti Malaysia di Vanderbilt, sebagaimana segelintir American lain. ya, mungkin kerana kami hebat dalam akademik, handal dalam bola sepak dan mungkin kerana we tend to stick with each other...

Namun sesetengah American mendakwa hebatnya kami kerana privileges yang kami terima lebih daripada mereka seperti penginapan dan scholarship. maklumlah, Vanderbilt ini cukup terkenal sebagai sebuah institusi yang termahal di dunia...

On the bright side, yes they have noticed what we are capable of and we have something to brag about...but, on the dark side, they don't see the Islam in us !

Hebatnya Saidina Umar al-Khattab kerana Islam dalam dirinya, hebatnya Yusuf Islam kerana Islam dalam dirinya, hebatnya Salman al-Farisi kerana Islam dalam dirinya, bukan kerana kelebihan-kelebihan yang mereka miliki !

Tetapi American tidak nampak Islam dalam diri kami... mereka tidak rasa Islam itulah yang membuat kami hebat. mereka nampak ada antara kami menari-nari diatas pentas, lelaki dan perempuan (kononnya ingin ketengahkan budaya Malaysia) sama seperti mereka, mereka tahu ada antara kami yang meniru dalam exam, tidak menepati masa, berpakaian sama seperti mereka (tidak menutup aurat), berpacaran juga seperti mereka, taksub dengan video game dan (dah tak larat nak listkan)...

Teringat aku kata-kata as-Syahid Imam Hassan al-Banna:


“Kitab yang terletak di perpustakaan sedikit yang membacanya, tetapi seorang muslim sejati adalah ‘kitab terbuka’ yang semua orang membacanya. Ke mana saja ia pergi, ia adalah ‘dakwah yang bergerak"  


dan juga kata-kata Syeikh Muhammad Abduh:

"Cahaya Islam itu sangat terang dan terlalu terang, tapi cahaya Islam yang terang itu tertutup oleh orang-orang Islam sendiri "  

Maka tidak hairanlah mereka tidak nampak Islam dalam diri kami, kerana kami bukanlah 'kitab terbuka', kamilah yang melindung sinar Islam itu, kerana kami tidak tafaqquh fid-Deen (tidak faham akan Islam)... 

Alangkah oh alangkah indahnya jika kolumnis artikel ini menulis, kami umpama Voltron yang hebat kerana Islam dalam diri kami...




No comments:

Post a Comment