Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

Friday, July 20, 2012

jom kembali menjadi bayi !

Aku bersyukur, rasa macam tak percaya Allah panjangkan umur aku untuk bertemu Ramadhan tahun ini setelah berlalunya Ramadhan setahun yang lalu, Alhamdulillah...

Datangnya Ramadhan setiap tahun merupakan hadiah daripada Allah kepada kita yang tidak ada pada umat-umat terdahulu. Allah amat memahami situasi kita, kanan kiri atas bawah depan belakang syaitan cuba menghasut kita mengikut jejak langkahnya.. Bukan sahaja syaitan, nafsu, persekitaran, bahkan kawan-kawan kita sendiri sering menghalang niat kita untuk meraih syurga Allah. Kerana konflik inilah, Allah turunkan Ramadhan buat kita...


Orang yang gemar merokok, minum arak, bercakap kesat, tidak menjaga pandangan, jarang ke masjid pada hari-hari biasa terpaksa meninggalkan kebiasaan mereka selama sebulan...

Lihat pula waktu berbuka puasa dan sahur. Kita disunatkan melambatkan bersahur, mencepatkan berbuka. kerana apa ya ? kerana Allah nak mendidik kita solat pada awal waktu ! 

Sering kulihat di kampungku pada bulan-bulan biasa, tatkala azan berkumandang masih ada anak muda yang bermain di padang tapi tidak sewaktu Ramadhan, 30 minit sebelum Maghrib padang dah kosong. Melambatkan sahur pula supaya kita semakin hampir dengan waktu Subuh, supaya kita dapat solat Subuh pada waktunya ! tidaklah kita kesiangan Subuh gajah pada hari-hari biasa...

Amalan-amalan pada bulan Ramadhan pula berlipat kali ganda jika dibandingkan dari hari-hari biasa. Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

"Setiap amalan anak Adam di bulan Ramadhan digandakan 1 kebaikan dengan 10 yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda..." 

(HR Muslim dari Abu Hurairah)

Fikirlah, lihatlah, fikir lagi dan lihatlah lagi. Ramadhan adalah bulan latihan bagi kita untuk memperbaiki diri, meninggalkan maksiat-maksiat yang biasa kita lakukan ! 30 hari kita melatih diri kearah kebaikan, mengapa tidak diteruskan ke hari-hari biasa ? 

Dan sekiranya kita benar-benar menghayati Ramadhan ini, maka menjelangnya1 Syawal nanti insyaAllah kita umpama bayi yang baru lahir, kembali kepada fitrah (asal) kejadian manusia yang bersih dari sebarang dosa, seperti sabda Baginda s.a.w:

"Sesiapa yang menghidupkan Ramadhan dalam keadaan beriman dan ikhlas (kepada Allah), diampunkan dosanya (yang terdahulu)"  

(HR Bukhari Muslim)

Dan saat Syawal bertandang, kita pula disunatkan bermaaf-maafan antara satu sama lain, membersihkan diri dari segala hasad, dengki, iri hati hati dan dosa-dosa sesama manusia... 

Dan kerana inilah dinamakan 1 Syawal sebagai Hari Raya Aidil Fitri (kembali kepada fitrah), mengajak manusia memperbaiki diri kembali kepada asal penciptaan manusia yang semulia bayi yang baru lahir. 

Jadi, jom kita manfaatkan Ramadhan kali ini kerana belum pasti kita akan berjumpa Ramadhan tahun depan. Jom kembali menjadi bayi !

No comments:

Post a Comment