Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

Thursday, July 19, 2012

hei kau yang sombong !

Saban hari aku mendengar keluhan manusia-manusia di sekelilingku yang menginginkan bermacam-macam dalam hidup mereka. Itulah lumrah hidup manusia, bila ditanya apa yang kamu inginkan dalam hidup ini, nescaya 1001 jawapan yang diberi...


Ada yang mahukan rumah yang besar, kereta mewah, telefon bimbit yang canggih, inginkan kesihatan yang baik, isteri/suami yang solehah/soleh, keluarga yang bahagia , kecemerlangan akademik,  ingin melancong ke eropah dan bermacam-macam lagi kehendak duniawi yang mana jika disenaraikan dari pagi hingga malam sekalipun nescaya tidak akan habis...

Begitu ramai yang mengeluh, tetapi sedikit sangat yang meminta, menyampaikan keluhan-keluhan itu pada Allah SWT. Bukankah Allah telah berfirman:

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina" 

(Ghafir 40:60)

Malunya kita, Allah dah menawarkan pertolonganNya untuk mencapai apa sahaja yang kita inginkan. Apa yang kita perlu lakukan hanyalah berdoa. ya, cuma berdoa ! Tapi lihatlah diri kita, hendak menadah tangan 5 minit selepas solat menyuarakan kehendak-kehendak kita pun malas... manusia oh manusia, betapa sombongnya kamu !

Jadi, anda-anda di luar sana (termasuk diriku) yang mahukan itu dan ini tapi malas nak berdoa kepada Allah, katakanlah kepada diri anda, "hei kau yang sombong ! shame on you

No comments:

Post a Comment