Himmah

"AKU INGIN menyampaikan DAKWAH ini sampai kepada JANIN di PERUT IBUNYA"-Hassan al-Banna

Wednesday, July 18, 2012

duduk atau turut berjuang ?

Hari ini kita sudahpun merancang apa yang harus dilakukan esok hari, kerana kita yakin esok matahari akan terbit seperti biasa. Dan hari ini kita lihat Islam ditindas, dizalimi, dipandang serong oleh majoriti dunia. Saudara-saudara kita merintih kesakitan di Myanmar, Palestin, Syria. Keadaan Islam di Malaysia juga tidak stabil, keruntuhan akhlak anak-anak muda menjadi suatu yang normal... manakah mungkin Islam akan menang suatu hari nanti ?

Namun yakinlah, kemenangan Islam itu adalah lebih pasti daripada terbitnya matahari esok ! 


Sama ada kita hanya duduk-duduk menanti kemenangan Islam itu atau menanti orang lain yang berjuang memenangkan Islam atau kita turut sama dalam perjuangan memenangkan Islam, Islam tetap akan menang ! kerana ini adalah janji Allah. (13:17)

Tapi sesungguhnya tidak sama darjat orang yang duduk-duduk itu, dengan orang yang turut berjuang memenangkan Islam di sisi Allah, seperti firmanNya: 

" Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berjuang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar"  (an-Nisa 4:95)

Maka RUGILAH mereka yang duduk-duduk itu, serugi Zuljaushan yang menolak ajakan Nabi  SAW menjadi assabiqunal awwalun (orang yang terawal memeluk dan memenangkan Islam)... 

jadi pilihlah antara satu, duduk dan menyesal seperti Zuljaushan atau turut berjuang ?

nota kaki:


No comments:

Post a Comment